
TESLA DILAPOR TINGGALKAN PEMBANGUNAN MESIN GIGACASTING GENERASI 2
Dengan kebangkitan China sebagai pengeluar kereta elektrik murah, pengeluar kereta dari Amerika iaitu Tesla sedang bergelut dalam menurunkan harga jualan kenderaan mereka. Seperti yang sedia maklum, model 3 yang dijual di Malaysia telah diturunkan harganya sebanyak RM 8000 baru-baru ini.
Terbaru, Tesla dilaporkan akan menghentikan proses pembangunan “gigacasting” generasi kedua setelah jualan Tesla menurun dan gagal memenuhi jangkaan jualan pada suku pertama tahun 2024 serta nilai keuntungan yang berkurang. Buat masa hanya Tesla sahaja yang menggunakan proses gigacastimg dalam menghasilkan platform kenderaan.
Proses gigacasting memerlukan “clamping force” iaitu tekanan pada mesin yang besar bagi memastikan aloi cecair yang digunakan boleh menghasilkan bentuk yang diperlukan dengan hanya satu proses sahaja. Pengeluar lain pula menggunakan proses yang lebih kecil dan mencantumkan platform dengan kaedal kimpalan dan perekat khas
Buat masa ini proses gigacasting milik Tesla menggunakan kaedah penghasilan 3 komponen utama iaitu kerangka depan, belakang dan juga tengah yang dihasilkan daripada gabungan aloi aluminium dan juga keluli untuk menyimpan bateri. Kaedah ini digunakan pada Model Y dan Cybertruck.
Keputusan Tesla untuk menghentikan pembangunan mesin gigacasting generasi kedua adalah selaras dengan keputusan Tesla untuk menghentikan pembangunan Tesla Model 2 sebagai kereta murah elektrik milik mereka
Sebaliknya satu laporan menyebut Tesla akan menukar fokus mereka dalam menghasilkan kereta pandu sendiri berbanding membangunkan dan menjual lebih banyak kereta elekrik, satu usaha yang dipersetuju oleh barisan pelabur Tesla.
Walaupun diakui proses gigacasting berupaya menjimatkan kos, bahan mentah dan mengurangkan masa penghasilan kenderaan, masalah utama dengan Gigacasting ialah ia memerlukan pelaburan yang terlalu besar, masa yang panjang untuk menetapkan parameter proses dan masa yang panjang untuk menyempurnakan proses gigacasting

