Artikel Pilihan

KISAH DIEGO MARADONA DAN FERRARI F40 HITAM – LAWAK JUGAK MAMAT NI

Ini kisah pemain bolasepak lagenda dari Argentina, Diego Maradona. Sama seperti kebanyakan bintang bolasepak lain, beliau juga seorang peminat kereta dan sewaktu hayat beliau telah memiliki koleksi kereta-kereta hebat. Tapi ada sebuah model yang sangat istimewa dan diminati oleh beliau.

Kereta yang paling diminati beliau ialah Ferrari F40 dan kisah ini berkisarkan tentang Maradona, F40, bekas ejen beliau bernama Guilermo Coppola dan bekas presiden kelab bolasepak Napoli, Corrado Ferlaino.

Sewaktu bermain untuk Napoli pada tahun 1986 (ramai antara korang belum lahir kot?), Maradona memandu sebuah Ferrari Testarossa berwarna hitam namun beliau berhasrat untuk memiliki sebuah Ferrari F40 sebelum berlepas ke Mexico untuk menyertai Piala Dunia pada tahun itu.

F40 bernilai kira-kira USD500,000 pada tahun 1986 tapi ia cuma dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Ribuan peminat menunggu untuk memilikinya tapi Ferrari cuma mengeluarkan 1,311 unit. Itu pun ditambah daripada perancangan asal Ferrari yang hanya mahu mengeluarkan 400 unit F40.

Coppola berusaha untuk mendapatkan Ferrari F40 sewaktu Maradona masih di Mexico. Malah beliau turut berusaha menemui Enzo Ferrari sendiri untuk mendapatkan model idaman Maradona. Masalahnya Ferrari cukup tegas pada ketika itu dan mereka mengeluarkan semua model dalam warna merah.

Beliau akhirnya berjaya mendapatkan sebuah F40 dan menemui seorang pakar cat yang sanggup menukar warna F40 kepada warna hitam. Coppola kemudian menemui Ferlaino, presiden Napoli ketika itu dan meminta beliau menanggung kos pembelian kereta itu dan proses mengecat khas untuk Maradona. Ferlaino yang ingin membina hubungan baik dengan pemain paling berharga mereka bersetuju.

Kos mengecat F40 tersebut rupanya melebihi USD100k dan kos keseluruhan yang perlu dibayar untuk Ferrari F40 itu mencecah USD1juta! Punyalah berharga nama seorang Diego Maradona pada ketika itu.

Selepas proses pembelian dan cat selesai, mereka membawa kereta tersebut ke lapangan terbang untuk menyambut Maradona yang baru sahaja tiba dari Mexico dengan kejayaan merangkul Piala Dunia 1986. Alah yang dia jaringkan gol pakai tangan tu.

Maradona kelihatan sangat gembira dan teruja dan terus mencuba untuk memandu kereta tersebut. Okey ini bahagian paling kelakar. Maradona kemudian membuta kejutan dengan hadiah berharga tersebut kerana F40 tidak mempunyai pemain kaset dan bahagian pintunya juga tidak mempunyai kemasan mewah seperti Ferrari lain. Ha ha ha sengal jugak mamat ni.

Coppola cuba menerangkan yang F40 merupakan sebiuah model jelmaan perlumbaan dan memang tidak mempunyai pemain kaset tapi Maradona tetap dengan keputusan beliau.

Coppola akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memasang pemain kaset dan kemasan pintu. Hanya selepas itu baru Maradona sanggup menerima hadiah istimewa dan presiden Napoli itu. Hadoi, apa masalah kau ni bang? Bunyi ekzos F40 tu jauh lagi best dari lagu raya balik kampung zaman sekarang tau.

Google ads
Back to top button