Buletin

MG4 EV DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – EMPAT VARIAN, JARAK GERAK 350KM, HARGA BERMULA RM104K

SAIC Motor Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan model kereta elektriknya untuk pasaran Malaysia iaitu MG4 EV.

Ia menawarkan tiga varian iaitu MG4 Standard, MG4 Lux, MG4 Extended serta MG4 XPower dengan anggaran harga seperti dinyatakan di bawah:

  • MG4 Standard daripada RM104,000
  • MG4 Lux daripada RM129,000
  • MG4 Lux daripada RM 149,000
  • MG4 XPower daripada RM159,000

Bagi model MG4 EV, ia mempunyai ukuran panjang 4,287 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,504 mm dan jarak roda 2,705 mm.

Dari segi penggayaan, ia tampil reka bentuk U-Shape dengan lampu hadapan LED tirus, isyarat belok hadapan menegak dan lampu brek yang menonjol sedikit.

Tujuh warna ditawarkan bagi model ini iaitu:

  • Volcano Orange
  • Holborn Blue
  • Dynamic Red
  • Arctic White
  • Camden Grey
  • Black Pearl
  • Monument Silver
  • Racing Green (XPOWER sahaja)

Di bahagian dalam, semua varian menerima virtual kokpit tujuh-inci, skrin terapung 10.25-inci, kawalan suhu automatik serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bagi varian Standard, ia disertakan bersama empat pembesar suara, upholsteri fabrik dan larasan manual bagi tempat duduk hadapan.

Tiga varian lain, MG4 Lux, MG4 Extended serta MG4 XPower masing-masing dilengkapi pengecas telefon tanpa wayar, tempat duduk hadapan dengan fungsi larasan kuasa enam-cara, upholstery kulit Alcantara dengan kemasan hitam dan dwi tona dengan jahitan jingga bagi Lux Extended.

Perincian lain termasuklah Mobile Phone BT Key, enam-pembesar suara dengan efek 3D, cermin pandang belakang auto-kelam sementara varian XPower mendapat metal sport pedal dan Launch Control.

Ciri menarik terdapat pada MG4 adalah MG iSMART iaitu arahan suara yang boleh diaktifkan dengan “Hello MG” dan boleh menghidupkan enjin atau sistem penghawa dingin hanya melalui telefon pintar.

Dari segi kuasa, varian standard dijana oleh motor tunggal, menghamburkan kuasa dan tork 250Nm dengan daya pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 7.5 saat.

Menerusi bateri lithium iron phosphate 51kWh, ia menawarkan jarak gerak sehingga 350km (WLTP).

Untuk varian Lux pula, ia berupaya menghasilkan 150PS dan tork 250Nm, pecutan 0-100 km/j mengambil masa 7.7 saat.

Dipadankan bersama bateri lithium iron phosphate 64kWh, ia menawarkan jarak gerak sejauh 430km mengikut WLTP.

Sementara varian Lux Extended pula, ia memberikan lebih kuasa, menghasilkan 180PS dan tork 350Nm, dan pecutan dari 0-100 km/j hanya menelan masa  6.1 saat sahaja.

Melalui bateri lithium iron phosphate 77kWh, ia memberikan jarak gerak sehingga 520km mengikut WLTP.

Untuk rekod, varian MG4 Standard, MG4 Lux, MG4 Extended dipacu oleh sistem roda belakang (RWD).

Berbeza pula dengan varian XPower, ia dipacu oleh semua roada (AWD), dwi-motor, berupaya menghamburkan kuasa 435PS dan tork 600Nm, dipadankan bersama bateri lithium iron phosphate berkapasiti 64kWh, menawarkan jarak gerak 384km.

Untuk pengecasan, varian Standard akan mengambil masa sehingga lapan jam untuk pengecasan penuh menerusi port pengecasan Type 2 dan CCS2, menggunakan pengecas AC 7kW.

Manakala Lux dan Xpower pula memakan masa sekitar 8.5 jam sementara Lux Extended mencecah 10 jam.

Jika menggunakan pengecasan DC 150kW, ia boleh mengecas dari 10-80 peratus dalam masa 26 minit sahaja (Lux dan XPower) manakala Standard hanya mengambil masa selama 37 minit dan 38 minit untuk Lux Extended.

Beralih kepada ciri keselamatan dan bantuan pemandu, ia tiba bersama pakej MG Pilot merangkumi Front Collision Warning, Automatic Emergency Braking dengan Pedestrian and Bicycle Detection, Adaptive Cruise Control, Traffic Jam Assistance, Lane Keeping Assistance serta Intelligent High Beam Assist.

Varian teratas pula menerima ciri tambahan; Blind Spot Detection, Lane Change Assist, dan Door Opening Warning, dan kamera 360-darjah.

Seperti dinyatakan di atas, MG4 EV boleh dimiliki pada harga bermula RM104,000 dengan waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km dan waranti bateri selama lapan tahun atau 180,000km.

GALERI:

Google ads
Back to top button