Buletin

MG MOTOR MALAYSIA TAWAR PROMOSI UNTUK MG5 DAN MG4 – JIMAT SEHINGGA RM7K

MG Motor Malaysia tampil dengan promosi menarik untuk dua model terlaris mereka iaitu sedan MG5 dan model elektrik MG4.

Tawaran ini dirangka bagi memberi lebih nilai kepada pembeli tempatan yang inginkan gaya, prestasi, dan teknologi tanpa membebankan kewangan.

MG5, sebuah sedan segmen B yang luas dan bergaya, kini ditawarkan pada harga promosi bermula RM86,900, penurunan sehingga RM7,000 daripada harga asal.

Model ini menampilkan rekaan moden, ruang dalaman yang lapang serta pengalaman pemanduan selesa, menjadikannya sesuai untuk keluarga muda atau profesional.

Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan langkah pertama ke arah mobiliti mesra alam, MG4 hadir sebagai pilihan bijak.

Menerusi kempen “Pandu Dulu, Bayar Kemudian”, pelanggan berpeluang menikmati tempoh bayaran ansuran percuma – sehingga 12 bulan untuk MG4 varian Lux dan 8 bulan untuk varian Standard.

Inisiatif ini membantu meringankan komitmen awal, membolehkan peralihan kepada kenderaan elektrik dilakukan dengan lebih lancar dan tanpa tekanan.

MG4 bukan sahaja dikenali kerana reka bentuknya yang futuristik, malah turut dibekalkan dengan teknologi pintar dan prestasi dinamik.

Menurutnya, ia merupakan satu langkah strategik MG dalam menggalakkan gaya hidup lebih lestari dalam kalangan rakyat Malaysia.

Orang ramai dijemput ke pusat pameran MG yang bertauliah untuk merasai sendiri kehebatan MG5 dan MG4.

Pada hujung minggu ini, pelanggan juga berpeluang menjadi antara yang pertama untuk melihat dan memandu uji SUV elektrik terkini MG – MGS5 EV – yang kini mula diperkenalkan kepada pengguna tempatan.

Untuk info lanjut serta senarai lokasi pengedar berhampiran, layari: mgmalaysia.com/find-a-dealer.

Google ads
Back to top button