Buletin

MITSUBISHI BUKA PUSAT 3S D BUKIT RAJA KLANG

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedarnya, MN Wheels Sdn. Bhd. (MN Wheels) baru-baru ini mengumumkan pembukaan pusat 3S baharu di Bukit Raja, Klang. 

Kemudahan itu terletak di No. 36, Jalan Astaka 4, Bandar Bukit Raja, Klang. Dengan keluasan binaan mencecah 5,000 kaki persegi, ia mempunyai sebuah lounge pelanggan dan ruang untuk mempamer dua buah kenderaan. Sementara  tempat servis menyediakan tiga ruang penyelenggaraan untuk kemudahan pelanggan.

Ini merupakan bilik pameran kedua milik MN Wheels selepas yang pertama di Kuala Selangor. Kedua-dua pusat 3S itu menampilkan identiti korporat terkini Mitsubishi bersama tagline “Drive Yor Ambition”. 

“Memandangkan jualan Mitsubishi dijangka meningkat dalam beberapa tahun lagi, kami merancang untuk membuka sebuah bilik pameran setiap suku tahunan pada tahun kewangan 2021,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. 

Google ads
Back to top button