Motosikal

YAMAHA MT-25 2021 TERIMA WARNA BAHARU, YAMAHA BLUE DAN STORM FLUO. HARGA SAMA RM21.5K

Selain model MT-15, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mengumumkan penawaran warna baharu untuk MT-25 2021. 

Sportbike itu kini hadir dengan warna biru (Yamaha Blue) dan kelabu (Storm Fluo) bersama rim berwarna merah. 

Penambahbakan untuk versi tahun 2021 itu bagaimanapun hanya melibatkan warna dan grafik luaran. Justeru, MT-25 tetap menggunakan enjin dua silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 35.1PS dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm.   

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama klac jenis basah. MT-25 dilengkapi suspensi jenis inverted fordk di hadapan dan penyerap hentak tunggal di belakang untuk tunggangan lebih mantap. 

Penampilan garang MT-25 diserlahkan menerusi rekaan lampu LED berkembar yang nipis. 

Harga MT-25 2021 tidak berubah iaitu RM21,500 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran), selain mark-up tauke kedai. Setoap pembelian hadir bersama kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100. 

GALERI

Google ads
Back to top button