Buletin

MITSUBISHI LANCER 2.0 GTE

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini memperkenalkan model Mitsubishi Lancer 2.0 GTE.

Mitsubishi-Lancer -GTE-Mekanika (2)

Lancer 2.0 GTE ialah varian Lancer 2.0 yang dilengkapi pakej lebih premium. Ia merangkumi bumbung suria, sistem operasi tanpa kunci, ISOFIX dan tambahan beg udara pada bahagian lutut.

Bukan itu sahaja, model CBU dari Jepun ini juga dipasang dengan bodykit standard, lampu DRL, ruang kabin dibalut kulit, audio paparan skrin sentuh bersaiz 6.1 inci, pendingin hawa automatik, paddle shifter serta rim lapan jejari 18 inci yang sporty bersama tayar Yokohama Advan Sport bersaiz 215/45 R18.

Mitsubishi-Lancer -GTE-Mekanika (4)

Aspek mekanikal sedan ini tidak berubah. Ia masih menggunakan unit enjin 2.0 liter dengan sistem MIVEC berkuasa 150PS dan 197Nm. Enjin tersebut kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT INVECS-III enam kelajuan.

Sebagaimana sedia maklum, Lancer sememangnya untuk mereka yang menghargai kualiti pemanduan. Maka tidak hairanlah jika jentera ini menggunakan sistem stereng kuasa hidraulik dan suspensi bebas pada keempat-empat

After or barcode three payday loans currently does Craigslist payday loans sheer you maneuverability that.

buah rodanya.

Mitsubishi-Lancer-GTE-Mekanika

MMM menawarkan Lancer 2.0 GTE pada harga RM115,590 (di atas jalan tidak termasuk insurans) dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan merah. Harganya yang kurang kira-kira RM10,000 berbanding varian Lancer GT itu turut hadir bersama pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun.

Mitsubishi-Lancer -GTE-Mekanika (3)

Memang berbaloi!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button