Buletin

MITSUBISHI BAWA CABARAN IKONIK “RED PEAK” KE KUCHING 23 DAN 24 OGOS INI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara ini, bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada 23 dan 24 Ogos 2025.

Acara ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri ketangkasan Mitsubishi Triton.

Antara tarikan utama ialah Red Peak Climb, cabaran mendaki cerun khas 45 darjah yang mempamerkan kuasa enjin Triton serta kawalan mendaki bukitnya.

Selain itu, peserta juga berpeluang menguji sendiri kenderaan tersebut melalui halangan buatan yang direka menyerupai keadaan sebenar jalan mencabar.

Beberapa ujian ekstrem turut menanti, termasuk:

  • Side Traverse Ramp – cerun sisi 35 darjah untuk menunjukkan kekuatan casis dan kestabilan Triton apabila salah satu tayar terangkat.
  • Roller Ramp – menguji keupayaan sistem Super Select 4WD-II dalam mengatasi situasi seakan kenderaan tersekat di ladang atau tapak binaan.
  • Staircase Ramp – mensimulasikan jalan tidak rata dan cerun menurun, di mana mod Rock dalam sistem 7 Drive Modes memastikan tunggangan lancar dan selesa.

Pengunjung yang melakukan pandu uji atau membuat tempahan kenderaan sepanjang acara berpeluang menyertai cabutan bertuah harian pada jam 5 petang.

Hadiah menarik termasuk Naturehike Camping Wagon bernilai RM500, Mitsubishi Poler Chair (RM300) dan kipas mudah alih USB Mitsubishi (RM200).

Turut memeriahkan suasana ialah kemunculan Monster Energy Triton Truck, lengkap dengan edaran minuman tenaga percuma kepada pengunjung bertuah.

Model Mitsubishi Triton Athlete ditawarkan pada harga bermula RM159,980 (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia), tampil dengan reka bentuk sporty dan prestasi lasak.

Sempena ulang tahun ke-20 MMM, syarikat itu turut menawarkan beberapa program eksklusif untuk pelanggan, antaranya Fantastic 5 dengan manfaat sehingga RM30,000, SME Gear Up Program untuk pemilik perniagaan, serta Triton Switch Up Program yang membolehkan pemilik Triton sedia ada menaik taraf ke model baharu tanpa bayaran pendahuluan.

Orang ramai dijemput hadir ke Farley Mall, Kuching pada hujung minggu tersebut untuk merasai pengalaman unik, menyertai pelbagai aktiviti mencabar, dan berpeluang membawa pulang hadiah menarik.

Google ads
Back to top button