
MITSUBISHI TRITON TAWAN AEON KOTA BHARU: RASAI SENDIRI KEHEBATAN 4X4 SEBENAR DI “LIVE THE DRIVE” 25–26 JULAI INI!
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal menggamatkan Kota Bharu dengan acara pengalaman pemanduan istimewa “Live the Drive” yang akan berlangsung di kawasan parkir terbuka AEON Kota Bharu pada 25 hingga 26 Julai 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Penduduk Kelantan bakal berpeluang merasai sendiri kemampuan sebenar jentera pikap lagenda Mitsubishi Triton melalui pelbagai halangan ekstrem yang direka khas.
Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk memandu uji Triton di litar off-road simulasi, menonjolkan teknologi canggih seperti sistem Super Select 4WD-II, tujuh mod pemanduan pintar dan kerangka baharu yang lebih kukuh, menjadikan Triton sebagai salah satu pilihan utama dalam segmennya.

Antara halangan yang menanti pengunjung:
- Permukaan Batu Tidak Rata: Meniru keadaan tapak pembinaan atau ladang, di sinilah Super Select 4WD-II dan mod pemanduan Triton diuji sepenuhnya dari segi cengkaman dan kestabilan.
- Elephant Steps: Ujian ekstrem yang menyerlahkan keupayaan gear rendah 4LLC Triton, membuktikan kekuatan pacuan 4 roda walaupun satu tayar tidak mencecah tanah.
- Cerun Miring: Menampilkan kestabilan casis baharu dengan keupayaan Triton mengharungi cerun hingga 45 darjah tanpa goyah.
- Halangan Air: Cabaran meredah air setinggi 700mm menyerlahkan keupayaan Triton berdepan banjir kilat.
- Laluan U-Turn: Ujian kelincahan pacuan 4WD penuh (4H) yang membolehkan Triton membuat pusingan mudah di atas jalan berturap – bak memandu SUV!

Selain itu, cabaran Water Bucket Test Drive bakal menguji skil pemanduan peserta – siapa paling licin dan stabil akan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti:
- Wagon berkhemah Naturehike bernilai RM500
- Kotak lipat 50L Naturehike bernilai RM400
- Kipas mudah alih bernilai RM200
Mitsubishi Triton Athlete kini ditawarkan pada harga dari RM159,980 (harga atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia).

Sempena ulang tahun ke-20 MMM, pelanggan juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM18,000, tertakluk kepada terma dan syarat.
Setiap peserta menjalani pandu uji akan menerima beg lipat eksklusif, manakala mereka yang membuat tempahan kenderaan Mitsubishi sepanjang acara akan membawa pulang Naturehike Cooler Box.
Jangan lepaskan peluang menyertai hujung minggu yang penuh aksi, keseronokan dan keghairahan pemanduan di AEON Kota Bharu!
- BACA: JUALAN KENDERAAN ELEKTRIK MENINGKAT HAMPIR DUA KALI GANDA
- BACA: PROTON E.MAS 7 KUKUH SEBAGAI EV PALING LARIS DI MALAYSIA UNTUK H1 2025, LEBIH 4,000 UNIT SUDAH DIHANTAR
- BACA: HYUNDAI UJI XIAOMI SU7 DI KOREA, FOKUS PADA R&D DAN REKABENTUK DIGITAL
- BACA: ALKISAH KEMENANGAN OLIVER SOLBERG DI DELFI RALLY ESTONIA









