Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA NAIK TARAF PUSAT 4S BAHARU DI MIRI, TINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar sahnya, Auto Pacifica, mengumumkan pembukaan pusat 4S baharu di Miri selepas memindahkan dan menaik taraf bilik pameran sedia ada kepada kemudahan lebih moden serta lengkap.

Pusat 4S Auto Pacifica Miri yang baharu ini menampilkan ruang penerimaan pelanggan yang mesra, bilik pameran luas dengan susun atur kenderaan Mitsubishi lebih teratur, serta ruang menunggu selesa lengkap dengan minuman ringan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung.

Dengan keluasan keseluruhan 21,669 kaki persegi, fasiliti ini direka mengikut identiti global Mitsubishi Motors.

Ia turut disokong kemudahan selepas jualan yang komprehensif termasuk 13 ruang servis serta enam ruang Body & Paint.

Selain itu, tenaga kerja terdiri daripada juruteknik bertauliah yang dilatih bagi memastikan proses diagnosis lebih cekap dan tempoh penyelenggaraan lebih pantas.

Pusat 4S ini menghimpunkan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti serta kerja badan dan cat di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan pelanggan sepanjang tempoh pemilikan kenderaan.

Auto Pacifica yang menjadi rakan pengedar Mitsubishi sejak 2009 kini memperluaskan kehadirannya di Sarawak menerusi rangkaian di Miri, Bintulu dan Kota Samarahan.

Disokong oleh Samling Group, syarikat itu terus memperkukuh keyakinan pelanggan terhadap jenama Mitsubishi di rantau berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Takashi Sakamaki, pembukaan pusat baharu ini mencerminkan komitmen syarikat untuk mendekati pelanggan di kawasan yang sedang berkembang seperti Miri.

Beliau berkata kemudahan tersebut membolehkan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lebih mudah, lancar dan lengkap.

Pembukaan pusat 4S ini turut hadir seiring pelancaran SUV baharu, Mitsubishi Xforce, yang direka bagi memenuhi keperluan pemandu moden di Malaysia.

Pusat 4S Auto Pacifica Miri terletak di Lot 4448, K.B.L.D. 17, Jalan Miri Bypass, Autocity Eastwood Town Centre, 98000 Miri, Sarawak.

Ia beroperasi dari Isnin hingga Sabtu, 8.30 pagi hingga 5.30 petang, manakala Ahad dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Google ads
Back to top button