Modifikasi

MITSUBISHI LANCER A174 (1982)

Kereta ini mengingatkan gua tentang satu perkara, Green Goblin. Lebih tepatnya tentang seseorang, Allahyarham Irwadi Aki. Kereta Lancer A172 hijaunya menetapkan satu standard baru bagaimana sebuah Lancer purba harus dibina.  Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (16) Ini ialah Lancer serupa yang bertemakan restorasi penuh. Saya tak fikir ramai yang masih lagi menyimpan model ini untuk projek. Kalau lima atau enam tahun dulu,  Lancer ini memang meriah. Sekarang, macam suram saja. Kereta ini milik Azman dari Yong Peng, Johor. Azman membeli kereta ini dengan harapan satu hari nanti dapat disiapkan menjadi sebuah Lancer yang sempurna. Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (15) Seperti yang diketahui, nak cari barang kereta ini bukannya senang. Anda perlu berusaha gigih dan berbekalkan sejumlah duit yang banyak. Kebolehdapatan alat ganti boleh menjadi trauma kalau tidak sabar nak main kereta-kereta otai sebegini. Sebaik dibawa pulang, kereta ini dibogelkan sepenuhnya. Semua bahagian yang berkarat dipulihkan. Perumah dan titik penting diperkuatkan, badan yang mula terkopek juga dirawat. Ruang enjin dikemaskan untuk menerima sebuah enjin yang lebih moden, berkuasa dan senang dijaga. Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (1) Enjin SR20DET dipilih atas banyak faktor positif. Apabila ada sebuah enjin asas yang bagus, nak modifikasi pun jadi senang. Kelebihan itu dipadankan dengan turbin Garret AR60 yang dipasang pada manifold banana custom. Bersamanya ialah wastegate Sard 40mm dan injap HKS SSQV. Intercooler yang tak berapa besar daripada half-cut digantikan dengan intercooler ARC yang duduk di sebalik bumper depan kereta. Ruang enjin kereta memang cantik berkilau apabila paip-paip saluran getah digantikan dengan paip stainlees steel. Peralatan tambahan lain ialah oil cooler Blitz, palam pencucuh Iridium, pam bahan api Mercedes dan ekzos 3 inci yang diakhiri dengan peredam bunyi Blitz. SONY DSC Kotak gear asal dilengkapkan lagi dengan klac OSGiken dan disambung ke gandar belakang A175 GSR turbo yang memang ada LSD daripada kilang. Sistem suspensi kereta ini tidaklah bagus sangat masa dikeluarkan dulu. Perubahan cagak adalah minimum apabila suspensi depan GAB daripada Nissan Silvia S13 dimasukkan. Bahagian belakang pula dipasang dengan penyerap hentak Kayaba Rally dan spring sport Sparco. Brek  disalin dengan brek Skyline GTT R32 di depan dan brek Lancer GSR turbo A175 (belakang). Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (13) Rim dia memang champion. Ada orang sanggup bunohan di kedai potong berebut Watanabe ini. Saiznya ialah 17X8 di depan dan 17X9 di belakang dengan hub 5 dan PCD 114.3mm. Tayar yang digunakan ialah Bridgestone 205/45/17 di depan dan Goodyear 225/40 (belakang). Rim Watanabe memang cantik kalau dibandingkan dengan Black Racing (sebab multipiece), tapi sayang offsetnya tidak kembang. Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (3) Bahagian dalaman digarap dengan kemas. Ada sedikit sentuhan street racing dengan pemasangan panel kawalan aluminium dan kick panel bahagian penumpang. Tu dia, meter Omori putih penuh atas papan pemuka. Meter boost ialah Sard dan timer daripada Trust. Stereng Nardi Torino memang cocok dengan imej oldskul. Manakala tombol gear Nismo dan speedometer diambil daripada Nismo. Kereta ini ada sistem audio jenama Pioneer. Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (18) Bahagian luaran kereta disalin sepenuhnya dengan bodypart A175. Memang itu yang patut dibuat pada sebuah Lancer. Jangan nak memandai guna kepala Silvia atau Skyline. Ada peluang nak kena terajang. [hr]SPESIFIKASI Model: Mitsubishi Lancer A174 / 1982 Enjin: SR20DET, turbin AR60, Sard wastegate 40mm, HKS SSQV, intercooler ARC, oil cooler Blitz, fuel pump Mercedes, manifold banana custom, stainless steel piping, muffler Blitz Nur Spec. Kotak gear: Klac OSGiken, gandar belakang A75 GSR, LSD. Suspensi: S13 GAB adjustable (depan), absorber Kayaba, spring Sparco (belakang) Brek: RB20 Skyline R32 (depan), A75 GSR turbo (belakang) Dalaman: Omori meter, boost Sard, seat Bride, stereng Nardi, timer Trust, Nismo knob, Nismo Speedometer, audio Pioneer Luaran: Bodypart lengkap A175 GSR turbo [hr]GALERI Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (2)Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (5)Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (6)Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (8)Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (9)Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (14)Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (17)Mitsubishi-Lancer- A174-Mekanika  (19)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button