Buletin

MITSUBISHI LANCER EVO 2015

Biarpun telah ditamatkan pengeluarannya di kebanyakan pasaran di dunia, pengguna di Amerika Syarikat nampaknya akan menerima model Mitsubishi Lancer Evolution X pada tahun depan.

2015 Lancer Evolution MR

Namun begitu, jentera tersebut hanya menerima sedikit penambahbaikan. Terutama pada model GSR dan varian tertingginya, MR. Antara penambahan yang diberi kepada kedua-model model itu ialah lampu sisi dengan pemanas dan pemegang botol minuman berserta penutup.

Model GSR akan dipasang dengan pakej premium dikenali sebagai Sight and Sound Package. Ia melibatkan tempat duduk dibalut kulit, bumbung suria kuasa, tempat duduk hadapan dengan pemanas, peningkatan aspek penyerapan bunyi dan kotak konsol hadapan berwarna hitam.

2015 Lancer Evolution GSR

Manakala ciri varian MR pula lebih mewah. Ini termasuklah sistem bunyi premium Rockford Fosgate® dengan Sembilan unit pembesar suara 2710 watt, sistem kemasukan FAST-key, lampu pandang belakang anti silau, penggilap cermin dan lampu utama automatik serta banyak lagi.

Aspek mekanikal tidak beubah. Sedan ini tetap menggunakan khidmat enjin turbo bersesaran 2.0 liter berkuasa 291hp dan tork maksimum 406Nm. Ia dipadankan dengan kotak gar manual lima kelajuan (model GSR) atau transmisi klac berkembar SST enam kelajuan untuk varian MR.

2015 Lancer Evolution MR

Pengendalian mantapnya pula disumbang oleh sistem pacuan semua roda sepanjang masa (Super All-Wheel Control, S-AWC), Active Yaw Control dan Active Centre Differential.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button