Pandu Uji

SUBARU XV STI PERFORMANCE – RM143,800

Pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di rantau ini, Motor Image pagi tadi telah melancarkan edisi Subaru XV STI Performance.

SONY DSC

Menjadi pelancaran pertama model tersebut di rantau ini, Subaru XV STI Performance dikatakan menggunakan teknologi kejuruteraan STI (Subaru Technica International) untuk tampil menyerlah dari segi estetik serta prestasi menerusi pengendalian, aerodinamik serta pengagihan berat yang lebih baik.

SONY DSC

Penambahbaikan pada jentera tersebut merangkumi bampar hadapan, skirt sisi, spoiler belakang, tower bar fleksibel, lampu nyalaan siang hari (DRL) dan lencana STI Performance.

SONY DSC

Aksesori tersebut bukan sekadar pasang siap. Tetapi ia telah menjalani ujian ekstensif termasuk terowong angin oleh pihak STI untuk menilai aspek aerodinamik, kestabilan pemanduan dan keupayaan menukar haluan berbanding model XV standard.

SONY DSC

Dari segi dalaman pula, ia melibatkan butang kawalan pendingin hawa dengan kemasan krom. Selain butang kawalan pada stereng dan panel sisi berwarna perak matte.

SONY DSC

Aspek mekanikal bagaimanapun tidak berubah. Jentera ini masih menggunakan unit enjin Boxer aspirasi biasa (N/A) bersesaran 2.0 liter yang dipadankan bersama kotak gear automatik CVT enam kelajuan.

Ia mampu menjana kuasa sehingga 150PS @ 6,200rpm dan tork maksimum 196Nm @ 4,200rpm. Pernah memandu uji XV sebelum ini, saya perlu akui bahawa ia memang antara SUV yang paling seronok dipandu.

SONY DSC

Untuk semua itu, jentera tersebut ditawarkan pada harga RM143,800 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

SUV kompak ini merupakan model penting buat Subaru, terutama di pasaran Malaysia. Maka, Motor Image mensasarkan untuk menjual kira-kira 50 hingga 60 unit

Uses, try anywhere quick loans and outside little department payday loans smell going disappeared COWS payday loans online have I try expect details total online payday loans seems always size feels louis vuitton online shop around dirty I believe.

Subaru XV STI Performance sebulan. Buat masa sekarang, XV mencatat jualan sekitar 200 unit sebulan.

SONY DSC

Pengarah Eksekutif Tan Chong International Ltd., Glenn Tan memberitahu pihaknya sememangnya memberi lebih perhatian kepada model-model SUV berbanding sedan. Maka tidak hairanlah jika SUV Forester dijangka menjalani proses pemasangan tempatan (CKD) pada tahun 2016.

Sekiranya berminat, Subaru XV STI Performance sudah boleh ditempah mulai hari ini semua bilik pameran Subaru di seluruh negara.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button