Buletin

MITSUBISHI MIRAGE SPORTS

Jumaat lalu, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan varian Mirage Sports yang terhad kepada 400 unit sahaja. 

Dibangunkan agar tampil lebih sporty, Mirage Sports hadir bersama diffuser pada bahagian hadapan dan belakang, sil tepi, rim aloi bersaiz 15 inci, tempat duduk dibalut kulit, sistem audio double DIN dengan skrin sentuh dan ketersambungan Bluetooth,karpet lantai serta tinted tingkap keselamatan yang boleh menghalang daripada dipecahkan oleh penjenayah.

Mirage Sports (1)

Aspek mekanikal Mirage Sports tidak berubah. Ia masih menggunakan enjin moden 1.2 liter tiga silinder MIVEC berkuasa 78 PS dan tork maksimum 100Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear Continuously Variable Transmission (CVT) INVECS-III.

Mirage yang hanya seberat 850kg memang terkenal dengan aspek penjimatan minyaknya. Kereta kompak ini memiliki mencatatkan penggunaan bahan api 21 kilometer bagi setiap liter berdasarkan kepada New European Driving Cycle.

Carpet Mats

Sebagai sebuah kereta bandar yang ekonomikal dan praktikal, Mirage memiliki radius pusingan yang kecil iaitu hanya 4.6 meter. Hasilnya, jentera ini mudah untuk dikendalikan di ruang-ruang sempit.

Walaupun cuma sepanjang 3.71 meter, ia tetap mampu menawar ruang yang selesa untuk lima orang penumpang. Rangkaian sistem keselamatan aktif dan pasif pula pasti mampu memberi ketenangan jiwa kepada pemandu serta penumpangnya. Antara sistem keselamatan yang ada termasuklah ABS dengan EBD, dua beg udara, tali pinggang keledar pra-regangan dan banyak lagi.

slider dlm

Bagi menjadikan Mirage lebih berbaloi dimiliki, Mitsubishi melengkapkannya dengan beberapa ciri seperti kluster meter yang mudah dibaca, sistem kunci pintar, butang penghidup enjin, pendingin hawa automatik dan lain-lain.

Ditawarkan dalam dua warna iaitu merah (Red Metallic) dan hitam (Black Mica), anda boleh memiliki Mirage Sports pada harga RM69,980 (di atas jalan termasuk insurans).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ di laman Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button