Modifikasi

DAIHATSU CHARADE AURA

Lama betul tak nampak kereta ni sehinggakan saya pun pun dah lupa nak cari Charade. Kereta feminin yang jadi ganas apabila dapat pada kaki modifikasi kereta dengan bodykit, enjin, rim dan warna yang terang-terang semuanya.

SONY DSC

Sejak dari model ini keluar pada tahun 1989, ia merupakan kereta paling murah selepas Proton. Kalau saya tidak silap sekitar RM30,000. Boleh tahan laku jugalah untuk sebuah kereta urban.

SONY DSC

Pilihan kereta kecil untuk tahun-tahun selepasnya tidaklah banyak. Tiada Starlet, tiada Honda Life dan tiada Mitsubishi Colt. Tiada semuanyalah senang cakap. Masuk tahun tahun 1994, apabila Kancil pertama dipasarkan, terus jadi gelap gelita pasaran kereta kompak mikro sebegini.

SONY DSC

Lama sebelum ia dimodifikasi, Aura ialah kereta keluarga kecil yang mempunyai peminat tersendiri. Pada zaman suntikan bahan api belum lagi popular, kereta dengan enjin tiga selinder karburetor dan badan yang ringan menjadi satu resepi untuk menjimatkan minyak. Disebabkan minyak yang jimat itu jugalah kereta ini sangat lemau, tak power langsung. Nak naik bukit Karak pun boleh menitik air mata kalau bawak orang penuh dalam kereta.

ay1

Untuk tidak menjadi lauk ketika naik bukit dan dipotong oleh EX5 dengan senang-senang saja, kereta milik Mohd Nasrul Hakim Johari ini dipasang dengan enjin GTTi turbo. Dalam bahasa saintifiknya disebut enjin CB70 turbo. Masih tiga selinder, tetapi Efi dan sistem turbocharge.

SONY DSC

Turbinnya mengguna pakai IHI dengan boost 1 bar, wastegate Turbosmart, blow-off Greddy Type R, intercooler APEXi, pam bahan api Walbro, ekzos RSR dan akhir sekali komputer Microtech LT10 (disebut LT ten). Bagi sebuah enjin yang bukan direka untuk berlumba, kuasa CB70 melonjak mendadak. Sudah boleh mempelawa K20A bergurau mesra di traffic light. Kalau setakat Tiara 4E, dia buat sarapan pagi saja.

ay21

Memecut kereta kecil, enjin berkuasa dan badan ringan sudah tentulah susah tanpa klac yang mencengkam. Kalau tidak, enjin memekak kat situ ajelah, tayar tak bergerak. Klac jenis perlumbaan adalah perlu. Jadi kereta ini menggunakan klac Triniti.

Kalau sudah boleh pecut laju, tentulah kena ada suspensi yang terbaik. Suspensi yang digunakan kereta ini ialah Titan yang terkenal kerana setting yang boleh diubah mengikut kemahuan. Bagi pemilik kereta lama dan tak banyak pilihan aftermarket, ramai orang pakai Titan sebab servis lepas jualannya yang bagus.

SONY DSC

Kata orang, kalau nak tau selera orang main kereta itu tinggi atau tidak, tengok pada rim dan tayarnya. Advan RG 15 inci dengan Tayar Toyo T1R 195/50 kalau digabungkan lebih mahal daripada harga kereta. Tayar T1R kalau ikut darjatnya memang tayar berbaloi dibeli untuk rim 15. Cengkamannya memang terbaik, ini adik kepada tayar  R888 versi semi slick.

Brek pun kenalah naik taraf kalau dah tahu kereta laju. Mohd Nasrul kemudian memasang brek Evo III untuk roda hadapan dengan pad Advics dan brek belakang Detomaso dengan pad FBK.

SONY DSC

Bahagian dalaman kereta dipasang dengan set meter Defi Advance CR dan timer Blitz. Sepasang tempat duduk Recaro Detomaso mengambil alih kerusi lama yang dah lama berkhidmat. Tidak dilupakan sistem audio yang terdiri daripada pemain audio Kenwood dengan speaker Carrozzeria.

SONY DSC

Bahagian luar sudah tentulah wajib ditambah dengan peralatan JDM. Sekurang-kurangnya kena ada lips dan skirting. Kereta ini buruk betul kalau tak ada skirt tepi. Bahagian badan kereta ini lengkap semuanya daripada model GTTi GTXX versi JDM yang tidak ada dijual di negara lain. Kalau anda berada di luar Jepun, berdoalah jumpa half-cut ini. Masalahnya bukan kita saja yang berdoa, seluruh dunia yang ada import kereta ni pun nak juga barang JDM tu.

SONY DSC

Pada hari ini dalam tahun 2013, barang-barang Aura telah mengalami kepupusan yang kronik. Sama susahnya macam nak cari parts kereta olskul. Kepada siapa-siapa yang memang ada Aura GTTi, kalau jumpa kat half-cut badan dan enjin CB70 ni beli aja, jangan tunggu. Ini bukan enjin 4AG yang dikongsi dengan berpuluh jenis kereta pada banyak generasi. Ia ada pada satu kereta saja.

Nampak tak sebab kukuh saya tak main kereta pelik-pelik?

[hr] Spesifikasi

Model: Daihatsu Aura CS

Enjin: CB70 turbo GTTi, IHI turbo, boost 1.0 bar, wastegate Turbosmart, blow-off valve Greddy Type R, intercooler APEXi, injektor GSR, pam bahan api Walbro, ekzos RSR, Microtech LT10

Transmisi: 5 kelajuan manual, klac Triniti.

Suspensi: Titan custom adjustable.

Brek depan: Evo 3

Brek belakang: Detomaso

Rim: Advan RG 15

Tayar: 195/50 Toyo T1R

Dalaman: Defi Advance CR, timer Blitz, seat Recaro Detomaso, audio Kenwood

Luaran: Bodykit GTTi, kuning yellow 2k.

[hr] Galeri

ay4ay5ay7SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCay19ay20SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button