Buletin

MITSUBISHI TRITON CATAT PENGUASAAN PASARAN 28%. 483 UNIT TERJUAL PADA MEI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa trak pikap Triton berjaya mencatat perkongsian pasaran sebanyak 28 peratus untuk tahun kewangan tahun 2020.

Tahun kewangan MMM bagi tahun 2020 bermula April 2020 sehingga Mac 2021. 

Segmen trak pikap tempatan menyaksikan penyusutan mencecah 45 peratus pada Mei 2020 berikutan keadaan ekonomi yang mencabar.

Biarpun begitu, Triton menjadi satu-satunya jenama yang mampu mencatat pertumbuhan positif 1.0 peratus dengan 483 unit berjaya dijual berbanding tempoh sama tahun kewangan lalu. 

Dari Januari hingga Mei 2020, Triton konsisten dalam mengekalkan perkongsian pasarannya sekitar 22 peratus atau lebih untuk tempoh lima bulan berturut-turut. Ini meruapakan peningkatan sebanyak 17.8 peratus berbanding tempoh sama 2019.   

“Ketika industri automotif masih cuba pulih daripada kesan pandemik COVID-19, kami gembira kerana Triton terus popular dengan penguasaan pasaran 28 peratus.

“MMM telah mengambil langkah yang sewajarnya demi memastikan produk, perkhidmatan dan kemudahan kami adalah selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. 

MMM kini mempunyai 49 bilik pameran (44 ialah pusat 3S) dan 50 pusat servs di seluruh Malaysia. 

Tags
Google ads
Back to top button