
BODYKIT TERBAHARU LIBERTY WALK. INI TOYOTA SUPRA ATAU BATMOBILE?
Kalau tidak tahu hendak buat apa dengan duit berlebihan, boleh cuba bikin Toyota Supra anda menggunakan produk terbaharu firma talaan terkemuka dari Jepun, Liberty Walk.
Biarpun, Toyota Supra 2020 telah membina reputasi aftermarket tersendiri, Liberty Walk menawarkan produk terbaharu mereka untuk jentera Mk V Supra.
Liberty Walk telah berkongsi imej perkembangan kit terbaharu ini dalam laman sosial mereka tetapi kelihatan masih belum sempurna.
Jika kita membandingkan produk dengan reka bentuk akhir yang diterjemahkan dalam lukisan realistik, terdapat beberapa aspek masih perlu diperbaiki lagi.

Sebagai contoh, rear wing yang merupakan salah satu pakej penting dalam pembikinan kereta.
Liberty Walk menawarkan kit badan ini dalam dua jenis iaitu diperbuat daripada plastik gentian diperkuatkan (FRP) dan gentian karbon (CFRP). Harganya ialah sekitar AS$14,850 (RM63,000) dan AS$15,950 (RM68,000).

Para penggemar membikin kereta boleh mendapat set lengkap seperti fender hadapan, fender belakang, panel pintu serta canard hadapan.
Kalau hendak membuat bonet hadapan custom, pelanggan boleh menambah lagi sebanyak AS$3,080 (RM13,000) untuk menjadikan jentera lebih garang.- autoevolution
- BACA: TOYOTA SUPRA LAUNCH EDITION GAGAL DILELONG. PEMBELI ENGGAN LAYAN MARK-UP MELAMPAU
- BACA: BMW Z4 VS TOYOTA SUPRA. APA YANG BERBEZA?
- BACA: TOYOTA SUPRA 2020 BINTANGI FAST & FURIOUS 9
- BACA: 3 TOYOTA SUPRA ROSAK TERUK DI HUNGARY – TRAK PENGANGKUT TERLIBAT KEMALANGAN
GALERI