Buletin

MITSUBISHI TRITON KNIGHT. TERHAD 120 UNIT. TAMBAH AKSESORI, RM137,900 SAHAJA

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan varian baharu untuk trak pikap popularnya, Mitsubishi Triton Knight.

Terhad kepada 120 unit sahaja, trak pikap itu dibina berasaskan kepada varian dengan spesifikasi paling tinggi, Triton Adventure X.

Triton Knight didatangkan dalam warna putih (white diamond) sahaja. Ia juga dilengkapi pelbagai aksesori tambahan untuk tampil lebih bergaya.

Dari segi estatik, jentera itu dipasang dengan kemasan bampar hadapan berwarna kelabu dan pelindung hud yang menjadikannya lebih agresif.

Penampilan itu disempurnakan lagi dengan pelekat Knight pada badan dan deflektor cermin ciri.

Di bahagian kabin, Triton Knight dilengkapi pemijak kaki sisi da karpet lantai dijahir benang merah dan sulaman Knight.

Sama seperti varian Triton Adventure X, model baharu itu didatangkan dengan ciri All Round Monitor (ARM) yang menawarkan pandangan 360 darjah untuk membantu ketika memarkir dan mengubah haluan.

Bagi memberi ketenangan minda ketika memandu Triton Knight turut dipasang dengan perakam video (DVR). Sementara skrin sentuh bersaiz 7 inci dengan ketersambungan Apple Carplay dan Android Ready serta sports bar menjadi ciri standard.

Beberapa aksesori yang dinyatakan tadi ditawarkan oleh pengedar sah Mitsubishi Motor.

Triton Knight ditawarkan pada harga RM137,900 (sama seperti Triton Adventure X) bersama tambahan aksesori percuma untuk tempoh terhad. Ia juga hadir dengan jaminan terbaik iaitu selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km.

Google ads
Back to top button