Buletin

MITSUBISHI XPANDER AKAN DIEKSPORT KE THAILAND & FILIPINA PADA MAC 2018 – SAMPAI HATI TAK MAHU SINGGAH MALAYSIA

Kenderaan serba guna (MPV) popular keluaran Mitsubishi Motors, Xpander dijangka dieksport ke pasaran ASEAN mulai tahun ini.

 

Sejak dilancarkan buat pertama kali pada acara GIIAS 2017 Ogos tahun lalu, permintaan terhadap Xpander dilihat sangat memberangsangkan. Sehingga kini, lebih 50,000 unit sudah ditempah.

Angka itu jauh tersasar daripada jangkaan awal oleh pihak PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia iaitu sebanyak 3,000 hingga 4,000 unit sahaja sebulan.

BACA: XPANDER LAKU KERAS DI INDO – 23,000 UNIT DALAM MASA 2 BULAN

Mahu meneruskan momentum positif itu, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia merancang untuk mengeksport Xpander ke Thailand dan Filipina pada Mei 2018.

Filipina terpilih menjadi pasaran baharu Xpander kerana ia mempunyai pengguna MPV yang besar. Malah, jenama Mitsubishi di sana juga dikatakan agak kukuh di sana.

Biarpun menerima jumlah tempahan yang tinggi, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia menegaskan bahawa ia tidak akan berkompromi dengan aspek kualiti.

Berapa jumlah eksport Xpander ke Thailand dan Filipina bagaimanapun tidak dinyatakan.

Xpander dihasilkan di kilang Mitsubishi di Cikarang dengan kapasiti 9,000 hingga 10,000 unit sebulan. Selain Xpander, kilang itu turut menghasilka model Pajero Sport dan Colt Colt L-300.

Google ads
Back to top button