Buletin

HONDA DEBUT LEGEND DI JEPUN – HARGA BERMULA RM256,000

Kira-kira 30 tahun lalu, Legend menjadi model sedan mewah daripada Honda.

Dikenali sebagai Acura RL/RLX di pasaran lain seperti Amerika Syarikat, Honda bagaimanapun mengekalkan nama Legend untuk pasaran domestiknya.

Legend menjadi saingan langsung kepada Toyota Crown. Dengan rekaan badan yang besar dan garang, ia hanya ditawarkan bersama satu rangkaian kuasa sahaja iaitu Sport Hybrid dan SH-AWD.

Sedan itu menggunakan khidmat enjin V6 bersesaran 3.5 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 380hp. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan sebagai ciri standard. Gabungan itu menawarkan penjimatan 13km bagi setiap liter.


Dari segi gayaan, Legend tampil dengan lampu LED di hadapan dan belakang. Selain rekaan gril radiator Acura terkini, bersama logo Honda di tengah-tengahnya.

Pelanggan boleh membeli beberapa komponen daripada katalog Mugen. Antaranya ialah rim bersaiz 20 inci, pelapik lantai, lencana dan spoiler belakang gentian karbon.

Legend turut dilengkapi rangkaian ciri keselamatan seperti Lane-Keep Assist.  

Legend didatangkan dalam beberapa warna pilihan seperti putih mutiara, perak, hitam dan biru. Pembeli juga boleh memilih warna untuk ruang kabin sama ada coklat, hitam, kelabu dan beige.

Honda Legend ditawarkan pada harga bermula 7,074,000 yen (RM256,000) seunit.

Google ads
Back to top button