Buletin

MODIFIKASI GILA MAZDA RX-7 DENGAN ENJIN V12 PAGANI ZONDA

Jentera pacuan roda belakang Mazda RX-7 sangat popular di kalangan para peminatnya biarpun produksi model tersebut sudah pun lama dihentikan.

Pilihan enjin yang digunakan juga tidak kurang hebatnya.

Selain daripada modifikasi enjin rotor berkembar sedia ada, ada sesetengah pihak yang cuba memadankan enjin tiga rotor dengan runut bunyi yang cukup mengujakan.

Pihak bengkel Gooichi Motors yang terletak di Florida nampaknya tidak terlalu mengikut ajaran tersebut, sebaliknya mereka memadankan enjin V12 yang disumberkan daripada Pagani Zonda!

Tidak diketahui kuasa sebenar Mazda RX-7 ini, namun secara standard, nadi 7.3 liter itu mampu menjana kuasa setinggi 789 hp dan 850 Nm.

Tidak semudah itu enjin V12 dimuatkan ke dalam ruang enjin Mazda RX-7, banyak kerja kustom yang perlu dibuat selain terpaksa menempah hud kustom khas bagi membolehkan pandangan pemandu tidak terganggu semasa di atas jalan.

Ia bakal dipamerkan pada acara SEMA tahun ini.  

Google ads
Back to top button