Buletin

URA-URA: VOLVO BAKAL TAWARKAN EV DALAM BENTUK BADAN SEDAN, WAGON

Beberapa dekad yang lalu, jenama mewah Volvo amat sinonim dengan pilihan bentuk badan sedan atau wagon yang masih lagi popular di sesetengah tempat, seperti Eropah.

Kini, bentuk badan SUV menguasai jumlah jualan kenderaan Volvo disebabkan oleh permintaan yang tinggi, malah kenderaan elektrik Volvo masa kini terdiri daripada model SUV.

Lihat sahaja EV pertama yang dilancarkan dalam bentuk XC40 – sebuah SUV, diikuti C40 Recharge – sebuah SUV coupe dan yang baharu sahaja dilancarkan, EX90 yang akan menggantikan peranan Volvo XC90.

Malah, EV keempat yang bakal dilancarkan pada tahun depan merupakan sebuah SUV.

CEO Volvo Jim Rowan dalam satu temubual Bersama Autocar memberikan bayangan model sedan dan wagon akan turut memainkan peranan penting untuk masa depan elektrik syarikat automotif Sweden itu.

Biarpun tidak memberikan jawapan yang tepat, Rowan membuka pintu kepada kebarangkalian untuk menawarkan sedan dan wagon elektrik pada masa hadapan.

Rowan turut memberikan pendapat berkenaan harga EV yang masih lagi tinggi buat masa ini.

“Anda perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan kesaksamaan harga antara ICE dan BEV. Tiada industri yang seharusnya bergantung kepada subsidi untuk tempoh masa yang lama. Anda sendiri harus memastikan yang (produk) anda boleh berdaya saing.” – Autocar

Google ads
Back to top button