Artikel Pilihan

MUZIUM TOYOTA MEMPUNYAI SEBUAH RX-7 YANG RARE – SILAP PAKIR KE?

Kalau anda pernah melawat Toyota Automotive Museum di Jepun sudah pasti anda tahun yang bukan semua model Toyota yang dipamerkan di sana. Muzium ini sebenarnya meraikan semua jenis kereta daripada pelbagai jenama cuma ia ditubuh dan dibiayai oleh Toyota. Macam-macam kereta ada termasuklah buatan syarikat lawan mereka.

Sebagai salah satu muzium automotif terbaik di dunia, mereka banyak menerima sumbangan kereta-kereta dari pemilik ataupun ahli keluarga mereka yang mahukan koleksi mereka diabadikan di muzium ini. Itulah sebabnya TAM mempunyai sebuah RX-7 yang sangat-sangat rare.

Model yang dipaparkan di sini bukannya sebuah Mazda RX-7 generasi pertama yang biasa. Ia merupakan model edisi terhad yang dinamakan Summer Shot 79 dan semestinya dikeluarkan pada tahun 1979. Kenapa ianya unik? Kenapa tidak? Inilah satu-satunya RX-7 yang dijual dalam tempoh dua hari sahaja iaitu dari 7 hingga 8 Julai 1979. Haih dua hari je?

Sebab jumlahnya terlalu sedikit tak banyak info yang dapat digali dengan Summer Shot 79 ni. Ia sebenarnya diasaskan dari RX-7 GT tapi mempunyai kemasan dalaman SE Limited. Ia mempunyai LSD, tayar profil rendah dan rim aloi. Ia kemudian dilayangkan dengan warna Cyclone Red siap dengan jalur badan retro.

Tiada siapa yang pasti berapa unit Summer Shot 79 terjual dalam masa dua hari. Namun yang pasti ia jauh lebih rare daripada FD Spirit R yang dihasilkan sebanyak 1,500 unit. Rasanya Mazda pun tak ada model ni dalam simpanan mereka kot? Tapi yang pasti ada sebuah yang berada dalam jagaan Toyota.

Kredit japanesenostalgiccar.com

Google ads
Back to top button