" "
Buletin

WRC 2022 – THIERRY NEUVILLE MENANG DI RALI JEPUN

Perlumbaan terakhir kalendar WRC 2022 akhirnya melabuhkan tirainya di FORUM8 Rally Japan dengan menyaksikan pelumba pasukan Hyundai Motorsport, Thierry Neuville berjaya memenangi perlumbaan yang penuh dengan drama dan juga insiden.

Pada perlumbaan yang berlokasikan bandar Nagoya sebagai venue utama, menyaksikan aksi persaingan sengit diantara Thierry Neuville dan juga Elfyn Evans sejak dari awal perlumbaan lagi. Ternyata pemilihan tayar yang tepat membezakan diantara kejayaan dan tinggal kenangan. Apatah lagi dengan dengan keadaan cuaca yang dilihat cuba mempermainkan hati dan perasaan para pelumba. Thierry Neuville memilih gandingan tayar Pirelli Hard, Soft & juga Wet manakala Elfyn Evans memilih gandingan 50;50 tayar jenis Hard dan juga Soft.

Cuma nasib tidak menyebelahi Elfyn Evans apabila mengalami masalah tayar pancit dan kehilangan masa berharga untuk menukar tayar. Dan ketika hujan mula turun berbaki dua SS, Thierry Neuville tiada masalah untuk meneruskan aksi sehingga ke garisan penamat untuk muncul sebagai pemenang.

Mengambil kesempatan diatas nasib malang menimpa Elfyn Evans, Ott Tanak berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan setelah ketinggalan 1 mini 11.3 saat sekali gus memberikan kemenangan 1-2 terhadap pasukan Thierry Neuville.

Mujur juga jaguh tempatan, Takamoto Katsuta yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 berjaya menamatkan di tempat ketiga keseluruhan di hadapan rakan sepasukan Sebastian Ogier dengan perbezaan 12.3 saat sahaja. Setidaknya perkhabaran ini berjaya membuatkan pasukan Toyota dan penyokong tempatan gembira dengan keputusan ini.

Sebetulnya, di FORUM8 Rally Japan ini terdapat beberapa peristiwa / insiden. Paling malang menimpa Dani Sordo yang jentera Hyundai i20 N Rally1 terbakar di awal saingan SS2. Mujur beliau sempat menyedari ketika berlakunya awal kebakaran. Beliau sempat turun untuk memadam namun khabarnya terdapat kebocoran pada tangki petrol hingga menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat. Sudahnya, jentera beliau terbakar hangus sama sekali.

Kejadian kenderaan awam yang kelihatan memandu di laluan perlumbaan turut menjadi isu perlumbaan di Jepun kali ini. Mujur tiada bertembungan dengan pelumba dan tiada sebarang kemalangan di laporkan.

Musim WRC 2022 mungkin sudah tamat, tapi permulaan bagi musim WRC 2023 pasti akan bermula rancak selepas rehat seketika.

BACA : WRC 2022 – OTT TANAK MENANG BUAT KALI KETIGA DI RALLY FINLAND

BACA : WRC 2022 – THIERRY NEUVILLE & HYUNDAI CEMERLANG DI RALLY GREECE

Google ads

B K

Back to top button