Motosikal

APRILIA RSV4 1100 FACTORY DILANCARKAN. RM159,900.

Aprilia Malaysia, menerusi pengedarnya Didi Resources hari ini telah melancarkan sportbike yang akal menggugat kedudukan Ducati V4, Aprilia RSV4 1100 Factory.

Sebagai rangkaian terbaru model flagship, model ikonik yang pertama kali dilancarkan pada 2009 ini telah menawarkan pakej terbaik dalam kelasnya.

Ia dipadankan dengan enjin berkapasiti 1100 cc, V4 dengan sudut 65° nya. Ia mampu menghasilkan sejumlah 217 Hp pada 13,200RPM dan 122 Nm tork pada 11,000 rpm. Beratnya cuma 177kg.

Ia dilengkapi suspensi OHLINS NIX 43mm di hadapan dengan fungsi boleh laras sepenuhnya. Suspensi belakang pula ialah OHLINS TTX dengan segala mak nenek punya kawalan lah.

Apa lagi yang istimewa?

Ia dipasangkan dengan rim forged (bukan Racing Boy) lima jejari dan tayar 120/70 di hadapan dan 200/55 di belakang. Juga dipasangkan bersama sistem ekzos titanium Akrapovic.

Antara peralatan elektronik yang dipadankan termasuklah APRC (Aprilia Performance Ride Control, ATC (Aprilia Traction Control), AWC (Aprilia Wheelie Control), ALC (Aprilia Launch Control) dan AQS (Aprilia Quick Shift).

Canggih?

Ya canggih dan ya robbi laju 217 hp tuan-tuan dan harga yang perlu dibayar untuk memiliki raksaksa ini ialah RM159,900.

Ia datang dengan jaminan 2 tahun tanpa had perbatuan.

Harganya lebih murah dari Panigale V4R (RM299,800), mahal sikit dari Yamaha R1M recond dan sedang-sedang harga BMW S1000RR HP4 Competition masa dilancar dulu.

Berita baik buat pembeli awal akan mendapat carbon air scoop yang bernilai RM4,000 secara percuma.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button