Artikel PilihanMotosikal

MOTOGP KAZAKHSTAN 2023 DIBATALKAN DAN TIDAK AKAN DIGANTI – OH NO!

MotoGP Kazakhstan yang dijadualkan pada Julai depan telah dibatalkan dan sekaligus memendekkan persaingan tahun ini kepada 20 perlumbaan sahaja. Sebelum ini Kazakhstan dilaporkan sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah MotoGP buat pertama kali pada 7-9 Jun ini di Sokol International Racetrack.

Kazakhstan dan India adalah dua lokasi baharu dalam calendar MotoGP 2023. MotoGP India bakal berlangsung di litar New Delhi yang sebelum ini pernah digunakan oleh perlumbaan Formula Satu 2011-2013.

Pengumuman dari pihak MotoGP menyebut yang pembatalan itu adalah berikutan kerja-kerja homologasi di litar selain cabaran operasi global dalam ekonomi yang tidak menentu.

Pusingan yang dibatalkan tidak akan di ganti sekaligus menyaksikan tiada sebarang perlumbaan pada bulan Julai tahun ini. Perlumbaan keseluruhan musim ini juga berkurangan kepada 20 perlumbaan sahaja.

Ini bermakna semua pasukan akan mempunyai masa rehat yang penjang selepas Dutch TT pada 23-25 Jun akan datang sebelum perlumbaan disambung pada 4-6 Ogos nanti di British Grand Prix.

Kazakhstan masih berpeluang menjadi tuan rumah tahun hadapan dan pihak MotoGP sendiri menjamin lawatan akan diadakan untuk memastikan Sokoi International Racetrack kembali ke dalam kalendar MotoGP.

Google ads
Back to top button