BYD PINTAS VOLKSWAGEN SEBAGAI JENAMA PALING LARIS DI CHINA
Pengeluar dari China, BYD, berjaya memintas Volkswagen sebagai jenama kereta paling laris di China, menjual lebih 440,000 unit di negara itu.
Terdahulu, Volkswagen merupakan jenama terlaris di China sejak 2008 dan pada suku pertama tahun ini, Volkswagen mencatat hasil jualan sebanyak 427,247 unit dengan EV hanya menyumbang 6 peratus.
Hasil terkini itu menunjukkan penurunan pengaruh jenama asing setelah pembuat EV China berganding bahu membina model lebih canggih serta mampu milik.
BYD yang berpangkalan di Shenzhen menjual 1.86 juta kenderaan pada 2022, lebih banyak daripada hasil gabungan empat tahun sebelumnya.
Dari Januari hingga Mac, BYD berjaya menjual hampir 550,000 kereta di seluruh dunia iaitu lebih daripada semua jualan kenderaan penumpang di UK.
Menurut BYD, mereka menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 3.7 juta kenderaan tahun ini.
Selain itu, saham BYD juga meningkat 16 peratus di Hong Kong tahun ini dengan nilai pasaran AS$95 bilion (RM424 bilion) berbanding pesaing terdekat, Volkswagen, berjumlah AS$77 bilion (RM343 bilion).
- BACA: 1,000 UNIT BYD ATTO 3 DISERAHKAN KEPADA PELANGGAN DALAM MASA 100 HARI
- BACA: SEGALANYA TENTANG BYD SEAGULL, EV TERMURAH DENGAN HARGA RM 51K
- BACA: KENAPA BATERI BYD BLADE LAGI POWER DARI BATERI ION LITHIUM TESLA?
- BACA: BIMS 2023: BYD PERKENAL MPV ULTRA MEWAH DENZA D9. LEBIH BESAR DARIPADA ALPHARD, 600KM SEKALI CAJ