
MASERATI DEDAH SUV ELEKTRIK PERTAMA – GRECALE FOLGORE, 550HP, JARAK GERAK 500KM
Setelah melancarkan SUV kompak Grecale, Maserati baru-baru ini mendedahkan SUV elektrik pertamanya, Grecale Folgore di Auto Shanghai 2023.
Grecale Folgore dilancarkan dengan AWD twin motor dan mempunyai dimensi 4,865mm (panjang), 2,163mm (lebar), 1,651mm (tinggi) sementara jarak roda pada 2,903mm. Ia memiliki kapasiti but belakang 535 liter.
Di bahagian hadapan, model ini tampil reka bentuk kontemporari seperti mana kenderaan elektrik lain. Ia dipadankan dengan pilihan rim bersaiz 19, 20 dan 21-inci (bergantung pada pasaran).

Di dalam kabin, Grecale Folgore didatangkan bersama skrin sentuh 12.3-inci manakala sistem infotainment mendapat skrin sentuh 8.8-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto termasuk MIA Maserati Intelligent Assitant untuk memberi pengalaman digital yang dinamik.
Dari segi kuasa, ia dihasilkan sepenuhnya di Itali serta dilengkapi dengan bateri 105kWj menggunakan teknologi 400V dan menawarkan jarak gerak kira-kira 500km.
SUV elektrik baharu Maserati berupaya menghasilkan sehingga 550hp, 820Nm tork, dengan kuasa 100 peratus didorong oleh elektrik sepenuhnya, menawarkan 410kW. Kelajuan tertinggi pula dihadkan pada 220 km/j (bagi pasaran Eropah).
Maserati mengatakan bahawa Folgore boleh mengecas dari 20 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh sekitar 29 minit dengan pengecas 150kW-plus.
Untuk rekod, Maserati Folgore hadir dengan empat mod pemanduan iaitu modes: MAX RANGE, GT, SPORT dan OFFROAD.
Maserati merancang mengeluarkan versi EV bagi semua modelnya menjelang 2025. Di Auto Shanghai 2023, Maserati turut mempamerkan GranTurismo Folgore, di mana model itu akan dikuasakan 100 peratus powertrain berasaskan bateri elektrik.
- BACA: MASERATI GRECALE GT HIBRID DEBUT DI MALAYSIA. 300HP/450NM, BERMULA RM598K
- BACA: NAZA ITALIA PREBIU MASERATI GRECALE DI MALAYSIA. 3 VARIAN, KUASA CECAH 530PS
- BACA: JAHANAM SUDAH MASERATI GRECALE. TAK SEMPAT DILANCARKAN LAGI
- BACA: MAHU HAPUS STEREOTAIP KERETA TAK BOLEH HARAP, MASERATI LANCAR JAMINAN 10 TAHUN UNTUK ENJIN DAN TRANSMISI