BuletinMotosikal

MOTOGP SEPANYOL: SESI LATIHAN BEBAS “HARI YANG SUKAR”- VALENTINO ROSSI

Semalam berakhir sesi latihan bebas FP1 dan FP2 bagi perlumbaan MotoGP pusingan keempat di litar Jerez, Sepanyol. Seperti biasa, media akan  cuba mendapatkan gambaran keseluruhan daripada perlumba ternama mengenai pendapat awal mereka.

Kalau temuramah Scott Redding mungkin tak ramai yang ambil peduli jadi media pun temuramah The King sembilan kali juara Valentino Rossi The Doctor VR46.

Memang tak dapat dinafikan, semenjak awal musim, prestasi Rossi tidak menyerlah. Samada motosikalnya lauk ataupun dia dah semakin tua untuk bersaing dengan anak-anak muda yang agresif.

Tapi bila tengok Zarco yang dari pasukan satelite pun lari laju, di mana silapnya prestasi pasukan factory team?. 

BACA: “CUACA PANAS SANGAT” – ROSSI

Selepas sesi latihan semalam, pasukan Yamaha, Rossi dan Vinales hanya catat kedudukan ke 9 dan 10. 

Menurut Rossi, motosikal beliau kehilangan cengkaman. Beliau berkata, pada sebelah pagi, beliau dapat rasa hilang cengkaman pada tayar motosikal. Ingatkan sekejap, tapi bila masuk tengahari dan cuaca semakin panas, masalah tersebut makin teruk.

“Ia hari yang sukar, terutamanya sebelah tengahari. Pada sebelah pagi, saya rasa motosikal agak bagus, cengkaman tayar tidaklah terlalu teruk pada sesi FP1.

BACA: “LITAR NI TERUK, JALAN MACAM JILAKE” – ROSSI

“Tapi pada tengahari, bila suhu semakin panas, motosikal ini hilang cengkaman. Saya tak gembira dengan keseimbangan motor ni. Kami terpaksa mengubahsuai seluruh keseimbangan motosikal.

“Lebih-lebih lagi pada tayar. Sebab trek ni baru diturap. Ia bagus tapi anda akan ‘spin‘ lebih kerap. Dalam situasi ni, pasukan kami agak bergelut dan selepas beberapa lap, pace kami lebih berlahan berbanding pasukan lawan.

“Kami harap ia hanya masalah pada hari Jumaat (semalam). Kami ada banyak kerja untuk dilalkukan dalam sesi latihan bebas seterusnya (hari ini). Tengoklah harini macamana.”

 

 

 

Google ads
Back to top button