Setelah menghabiskan sesi latihan bebas semalam, pelumba Yamaha, Valentino Rossi jelas tidak berpuashati dengan keadaan litar di Austin, Texas dalam kejuaraan pusingan ketiga MotoGP Amerika.
Beliau menyifatkan, ia litar yang “kritikal” dan walaupun mencatatkan keputusan agak baik di tempat keempat di belakang rakan sepasukannya Vinales, Rossi tidak berpuashati dengan keadaan sesetengah laluan di litar tersebut.
“Pertama. Saya suka litar ni. Ia litar yang susah, teknikal dan selekoh yang mencabar, ia bagus.
“Tapi di sesetengah kawasan aspal, permukaan timbul dan tak rata. Ia memang bahaya dan boleh mengundang bencana.
“Apa yang boleh saya katakan, ini mungkin situasi litar paling teruk sepanjang musim ini. Di tempat berbonggol ni memang susah nak kendalikan motosikal. Ia sangat mencabar”
BACA: KTM MAHU LARANGAN PENUH AERODINAMIK MOTOGP
“Bila motor memecut lebih 300km/j ia adalah situasi kritikal. Cengkaman juga tidak berapa bagus, tapi saya percaya dengan latihan berterusan, ia boleh diselesaikan. Namun seperkara yang merisaukan saya ialah keadaan permukaan litar yang beralun.
“Tahun lepas kami sudah memberitahu penganjur supaya melakukan pembaikan. Mereka dah buat, tapi nampaknya ia tak cukup berkesan.
Ditanya bahagian mana yang teruk Rossi menambah, “Selekoh ke dua dan ke 10 yang paling teruk. Selekoh lima dan enam pun masalah juga. Motor bergoyang dan membrek juga sangat susah.
“Mungkin bonggol yang paling besar ialah pada selekoh ke 18, sebelum dua selekoh terakhir. Fairing motor bersentuh dengan jalan. Macam motocross!. Ia memalukan, sebab secara peribadai, memang saya suka trek ni. Cuma keadaan litar ni yang memberi masalah.