Artikel PilihanMotosikal

MOTOGP: JOHANN ZARCO AKAN MENJADI PELUMBA RASMI KTM MUSIM 2019

KTM telah mengesahkan secara rasmi yang Johann Zarco akan menjadi pelumba pasukan factory MotoGP mereka untuk musim 2019 dan 2020. Pelumba dari Perancis ini memang cukup sensasi sejak menyertai MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 pada musim lepas. Beliau telah menaiki podium sebanyak empat kali, tiga kali merebut petak pertama, sentiasa berada di kelompok pelumba hadapan dan cukup hampir memberikan kemenangan pertama untuk pasukan satelit Yamaha MotoGP.

Walaupun pasukan Tech3 turut akan bertukar kepada KTM pada tahun 2019, mereka tahu harapan untuk mengekalkan Zarco dalam pasukan adalah agak tipis. Mereka juga menyatakan yang pelumba berusia 27-tahun itu sepatutnya menunggang untuk pasukan rasmi.

Sejak November lepas nama Zarco disebut-sebut menjadi rebutan antara pasukan Suzuki dan repsol Honda tapi akhirnya Suzuki memilih Alex Rins manakala kekosongan pelumba kedua Repsol Honda diberikan kepada juara dunia Marc Marquez.

Zarco akan menyertai seorang lagi pelumba KTM Pol Espargano. Zarco memulakan karier Grand Prix sebagai juara Red Bull Rookies Cup yang pertama pada tahun 2007 dan kini beliau berkongsi kedudukan yang sama dengan Cal Crutchlow dalam persaingan MotoGP.

BACA: MOTOGP, APRILIA AKAN BUAT KEJUTAN DALAM PERLUMBAAN SETERUSNYA

Pit Beirer, pengurus motorsport KTM menyatakan yang mereka mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Zarco dan pengurusnya. Malah pengurus pasukan Moto3 KTM, Aki Ajo juga merupakan sahabat baik Zarco.

Gabungan KTM dan Zarco adalah berdasarkan kepercayaan untuk menjadi juara. Beliau menyambung yang Johann tentu tidak akan menyertai mereka jika mempunyai keyakinan terhadap KTM. Jadi KTM akan memikul tanggungjawab untuk menghasilkan jentera dan pakej yang terbaik untuk Zarco.

KTM juga berhasrat untuk menjadi satu nama besar dalam MotoGP. Dua tahun pertama merupakan tempoh untuk membangunkan projek dan memastikan segalanya berjalan lancar. Sama seperti semua pasukan lain, mereka juga berhasrat untuk mendapatkan pelumba terbaik untuk bersaing dalam MotoGP dan sudah tentu aksi Johann membelasah pelumba ternama lain dengan menggunakan jentera satelit menarik minat mereka.

Satu perkara perlu diketahui ialah penunggang satelit Yamaha belum pernah memenangi perlumbaan MotoGP empat-lejang sehingga kini tetapi Zarco sentiasa berada dalam kelompok pendahulu  perlumbaan sejak dari Philip Island 2017 sehinggalah Austin 2018.

Langkah beliau memilih KTM merupakan satu percubaan yang berani berbanding mneyertai Honda ataupun Suzuki apatah lagi jentera RC16 baru mula memasuki musim kedua. Keputusan terbaik KTM pada tahun ini ialah tempat kesebelas dan mereka juga berada pada kedudukan terakhir kategori pengeluar.

 

Google ads
Back to top button