Buletin

MRC RALI PERLIS 2018 – RACHMAT LAKUKANNYA SEKALI LAGI

Hujung minggu sudah telah pun berlangsungnya perlumbaan pusingan kedua Malaysian Rally Championship 2018 (MRC) yang di adakan di Perlis. Dan pemandu handalan dari Indonesia Rachmat yang bernaung di bawah pasukan MRU Motorsports sekali lagi melakukannya, selepas pusingan pertama di Johor apabla selesa mendahului bersama kereta Mitsubishi Evo 9 yang ternyata cukup pantas.

BACA : RODUWAN RASHID JUARA MRC 2017 RALLY OF PERLIS

BACA ; KARAMJIT JUARA PUSINGAN TERAKHIR MRC 2017 DI PERLIS

Saingan hari pertama jelas menyaksikan Rachmat berupaya mendominasi tiga peringkat walau pun ianya cuba dicabar oleh pemandu lain, terutamanya kembalinya semula sang lagenda Karamjit Singh bersama kereta Proton Gen2 4WD. Namun Karamjit dikenakan penalti 1 minit kerana lewat meninggalkan service park kerana perlu menukar center diff. Namun beliau masih berupaya menduduki tempat keenam tamat hari pertama.

Dan saingan hari kedua, Karamjit tidak mahu berputus asa apabila berjaya mendahului keseluruhan untuk Leg 2 dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga keseluruhan di akhir saingan perlumbaan.

Manakala, penyandang juara MRC 2017, Chepot kembali bangkit untuk leg 2 setelah kereta GC8 beliau menghadapi sedikit masalah ketika leg 1 dan hanya mampu berada di tempat keempat keseluruhan hari pertama. Saingan hari kedua Chepot membuktikan kehandalan beliau bersama strategi yang tepat apabila mampu berada di belakang Karamjit sekali gus melonjakkan ke posisi kedua keseluruhan.Berlumba sampai bonet belakang terbuka dan bampar belakang tercabut pun selamba aja Chepot meratah selekoh dengan berdebu. Nampak gayanya, boleh tahan konsisten juga pasukan One Motorsports BDRT ini apabila terus berada di podium semenjak perlumbaan pertama itu hari.

Saingan 2WD pun tidak kurang hebatnya juga apabila pelumba Khairul Nizam Yaacob bersama kereta Proton Satria 1800cc (P11) beliau menggungguli saingan dan mampu berada di tempat kelapan keseluruhan. Diikuti pelumba dari Indonesia Putra Rizky dan hero tempatan Azrul Azhar yang masing – masing mewakili pasukan MRU Motorsports.

Selepas ini kalendar rali berehat seketika menantikan pusingan terakhir di Terengganu pada hujung tahun nanti. Mampukah Chepot mempertahankan kedudukan pungutan mata keseluruhan setakat? Persaingan kejuaraan macam datang dari rakan sepasukan aja, terutamanya Haji Suhaimi dan juga Henzee sendiri. Entahlah. Susah nak cakap. Perlumbaan rali ini lain macam sikit. Menang hari pertama belum tentu hari kedua tak terbabas cium pokok, kan?

Kredit : MalaysianRally

Google ads
Back to top button