Buletin

PERJANJIAN KONSESI PUSPAKOM – KEM PENGANGKUTAN MASIH BERKUATKUASA

Berikutan daripada pengumuman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengadakan tender terbuka untuk memilih syarikat pemeriksaan kenderaan bagi aktiviti pemeriksaan kenderaan terpakai iaitu Pemeriksaan Sewa Beli (HPI) untuk penggal yang baharu mulai 18 Disember 2018, PUSPAKOM ingin menjelaskan bahawa aktiviti pemeriksaan seperti yang disebutkan hanya berkaitan dengan pelantikan kami sebagai syarikat pemeriksaan kenderaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sahaja.

Dalam perjanjian ini, selaras dengan Akta Sewa Beli, PUSPAKOM akan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan terpakai yang dijual dan akan melalui kontrak sewa beli dengan institusi kewangan.
Walau bagaimanapun, perjanjian konsesi utama PUSPAKOM dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ialah untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori untuk kenderaan perdagangan dan kenderaan persendirian masih berkuatkuasa. Perjanjian konsesi ini akan tamat pada tahun 2024.
Sehubungan dengan Pemeriksaan Sewa Beli (HPI), PUSPAKOM akan mengemukakan cadangan kepada KPDNHEP untuk terus menawarkan perkhidmatan pemeriksaan untuk penggal yang baharu. PUSPAKOM percaya bahawa ia boleh menggunapakai kapasiti dan
keupayaan pemeriksaan yang sedia ada termasuk infrastruktur, sumber tenaga yang mahir dan pusat pemeriksaan yang ditubuhkan di seluruh negara untuk terus menawarkan perkhidmatan HPI kepada Kerajaan.
Pemeriksaan Sewa Beli (HPI) menjana sebanyak 7% daripada jumlah pendapatan tahunan PUSPAKOM. Ini meliputi secara puratanya 170,000 pemeriksaan setahun atas kenderaan persendirian di seluruh negara. Sementara itu, 84% daripada hasil pendapatan adalah
berpunca daripada aktiviti pemeriksaan di bawah perjanjian konsesi dengan MOT yang akan tamat pada 2024, untuk pemeriksaan mandatori kenderaan komersial dan kenderaan persendirian. Perkhidmatan dan pemeriksaan lain menyumbang 9% kepada pendapatan tahunan PUSPAKOM.
Google ads
Back to top button