Buletin

MRC RALI TERENGGANU 2018 : SIAPA JUARA?

Hujung minggu ini bakal berlangsungnya pusingan ketiga dan terakhir dalam kalendar Malaysian Rally Championship 2018 di Lembah Bidong, Kuala Terengganu. Dan berita ini sudah tentu sesuatu yang menguja dan meriangkan buat barisan pelumba, terutamanya tiga pelumba yang sedang mendahului carta pungutan mata, Roduwan, Henzee dan juga Haji Suhaimi. Menariknya, ketiga – tiga mereka adalah pelumba dari One Motorsport BDRT. Dan ketiga – tiga mereka berlumba menggunakan Subaru Impreza!

BACA : MRC RALI PERLIS 2018 – RACHMAT LAKUKANNYA SEKALI LAGI

BACA : IROJ 2018 – YUYA SUMIYAMA DAN RACHMAT MENGUASAI APRC & MRC

Walau pun menghadapi sedikit masalah sehingga di tunda bagi pusingan di Terengganu ini, namun kesemua pelumba dan pasukan tampak telah cukup bersedia untuk beraksi di Pantai Timur buat pertama kalinya setelah sekian lama. Menariknya, trek yang bakal digunakan pasti sedikit berbeza dengan mana – mana perlumbaan yang pernah berlangsung selama ini. Ianya bakal dilangsungkan trek yang lebih dikenali untuk perlumbaan Equestrian. Selalunya layan debu tanah. Kali ini layan pasir putih tepi pantai pula.

Tumpuan kejuaraan pasti terarah kepada penyandang juara Roduwan yang mendahului Henzee dengan perbezaan lima mata sahaja. Sifirnya mudah. si Chepot hanya perlu menamatkan perlumbaan setidaknya tiga tempat teratas bagi setiap Leg 1 dan Leg 2 bagi menjamin pungutan mata sambil berdoa agar kereta beliau tidak menghadapi masalah. Nampak macam mudah. Tapi itulah. Berlumba rali ini lain macam sikit. Hari pertama leading, belum tentu hari kedua tak terjun parit ke kan. Usaha, doa dan tawakal. Biar Dia yang menentukan.

Tapi bagi prestasi Henzee yang menyertai kelas 4WD musim ini tampak berbaloi. Satu percaturan yang berani oleh Prinsipal & Pengurus Pasukan. Setahun dua lagi muncullah juara ni. Percayalah.

Tapi jangan lupa tentang pelumba lagenda Karamjit Singh bersama kereta Proton Gen2 4WD beliau. Kena pada masa dan ketikanya, tidak mustahil podium bakal menjadi milik sang lagenda ini. Dan jika ini berlaku, sudah tentu kedudukan tempat teratas bakal berubah.

Dan disebalik persaingan pelumba tempatan (Kejuaraan MRC), jangan kita lupa tentang pelumba dari Indonesia Rachmat telah bungkus ikat tepi dua kejuaraan MRC di Perlis dan juga Johor. Mujur juga peraturan tidak membenarkan beliau turut memungut mata (pelumba luar harus mendapatkan kelulusan lesen perlumbaan AAM terlebih dahulu bagi bersaing merebut tahta Kejuaraan MRC).

Manakala persaingan kategori 2WD juga tidak kurang sengitnya juga apabial menjadi rebutan diantara  Kaathir Mohamed, Azrul Azhar, Khairul Nizam serta Norazizi. Pungutan mata pun rapat – rapat belaka.

Dan Brader Karrager juga telah mendapat khabar bahawa pelumba otai, Haji Sutan juga bakal kembali beraksi hujung minggu ini. Nampak macam meriah juga pusingan terakhir kali ini. Kan?

 

Google ads

B K

Back to top button