Buletin

HONDA PASSPORT 2019 – DULU ISUZU RODEO SEKARANG BARU ORIHONDA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Dalam arena rebadge Honda boleh dikatakan agak ke belakang berbanding jenama lain. Honda sekarang lebih selesa bersendirian menongkah arus persaingan automotif, kecuali di China disebabkan faktor undang-undang perniagaan.

Itu sekarang, Honda pada satu ketika dulu pernah juga into scene penjenamaan semula model kenderaan lain. Di antaranya ialah jip Honda Crossroad yang diambil dari Land Rover Discovery pada tahun 1993 hingga 1998.

Selain Crossroad, Honda mempunyai sebuah SUV jenama semula iaitu Passport yang diambil dari Isuzu Rodeo.

Berbanding projek Crossroad-Discovery yang hanya bertahan untuk satu generasi, kerjasama Passport-Rodeo ini berlangsung sehingga dua generasi.

Passport generasi pertama ialah dari tahun 1993 hingga 1997 manakala generasi kedua dari tahun 1997 hingga 2002.

Kerjasama ini sebenarnya melibatkan dua hala apabila Isuzu turut menjenamakan semula Honda Odyssey 1996 sebagai Isuzu Oasis. Ada lagi dua model Isuzu iaitu Trooper (generasi kedua) yang dijenamakan semula sebagai Acura SLX dan Honda Horizon.

Okay, cerita panjang-panjang ini sebenarnya nak beritahu bahawa selepas dua generasi Crossroad, Honda akhirnya melancarkan model buatan sendiri pada 27 November lalu sempena Pameran Kenderaan Los Angeles 2018.

Model serba baharu ini hadir selepas 16 tahun tanpa sebarang gantian. Satu perkara menarik tentang barisan SUV Honda ialah susunannya.

Bermula dari HR-V, CR-V kemudian Pilot. Ketiga-tiga model ini mempunyai perbezaan saiz yang jelas iaitu dalam segmen B, C dan D.

Kemudian lahir pula Passport? Jadi sekarang bagaimana? Berdasarkan saiz, Passport lebih kecil berbanding Pilot dan nampak seperti bakal bersaing sesama sendiri.

Tidak juga sebab Pilot mempunyai tujuh tempat duduk manakala Passport pula lima tempat duduk. Selain itu Pilot lebih tertumpu kepada pelanggan urban dan eksekutif manakala Passport lebih terarah pengguna yang lasak.

Begitulah hebatnya pasaran Amerika Syarikat, Honda boleh melancarkan model dalam segmen sama. Kes seperti ini sama seperti Mazda apabila mempunyai dua model berkait rapat iaitu CX-8 dan CX-9.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini Honda memang membangunkan Passport untuk kegunaan lasak dan berikut ialah ciri-cirinya:

  • Direka dan dibangunkan oleh bahagian R&D Amerika Utara di Torrance, California dan Raymond, Ohio
  • Dikuasakan oleh enjin 3.5 liter V6 i-VTEC® 280 hp dan tork 355 Nm
  • Dipadankan bersama transmisi generasi baharu Honda sembilan kelajuan automatik
  • Sistem pacuan AWD i-VTM4™ yang menggunakan torque vectoring aktif untuk menghantar 70 peratus tork enjin ke gandar belakang dan 100 peratus tork tersebut sama ada ke roda belakang kiri atau kanan
  • Diuji di lokasi global yang mencabar seperti padang pasir Dubai, jalan berlecak di Rusia dan kawasan bersalji di Minnesota
  • Keupayaan tunda 1587 kg (FWD) dan 2267.962 kg (AWD) – Mampu untuk menunda bot, treler dan sebagainya
  • Teknologi Honda Sensing® seperti Collision Mitigation Braking System™ (CMBS™) dengan Forward Collison Warning (FCW), Road Departure Mitigation (RDM) dengan Lane Departure Warning (LDW), Lane Keeping Assistance System (LKAS) dan Adaptive Cruise Control (ACC)

Dari segi harga pula, Passport dijangka dijual pada harga sekitar AS 30,000 (RM 125,740) dan lebih rendah berbanding Pilot. Cuba tonton video di bawah dan memang jelas Honda membangunkan Passport untuk dibelasah. Geram juga.

*1 USD = RM 4.19

BACA: ULANGTAHUN KE 55 KENDERAAN 4 RODA PERTAMA HONDA – TRAK KECIL T360

BACA: MPV BESAR JEPUN YANG SANGAT MAMPU MILIK – HONDA LA GREAT

Tags
Google ads
Back to top button
Close