Buletin

YAMAHA INDIA PANGGIL SEMULA R3 (R25) KERANA MASALAH HOS RADIATOR

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

India Yamaha Motor (IYM) telah mengeluarkan notis panggil balik untuk Yamaha R3 berhubung masalah hos radiator dan kilasan spring yang rosak, yang berpotensi mengakibatkan kebocoran radiator.

Tindakan ini dimulakan untuk motosikal yang diproduksi antara Julai 2015 dan Mei 2018.

Sejumlah 1,874 unit Yamaha R3 terlibat dalam panggilan semula ini. Yamaha India mendakwa bahawa tiada pelanggan telah melaporkan apa-apa masalah tetapi penarikan semula itu akan dilakukan berdasarkan arahan daripada Yamaha Motor Co. (YMC) Ltd., Jepun.

India Yamaha Motor secara individu akan menghubungi pemilik yang terjejas bagi membetulkan masalah tersebut. Penarikan balik itu disebut sebagai ‘kempen pengubahsuaian’, dan bahagian-bahagian yang terlibat akan diganti sepenuhnya tanpa kos pada pusat servis yang dibenarkan.

Yamaha bekerja rapat dengan kesemua rakan niaga mereka untuk membetulkan isu ini dan ini merupakan penarikan balik ketiga untuk Yamaha R3 di India.

Motosikal pertama kali ditarik balik ialah berkaitan masalah dengan pam kopling dan minyak, sementara isu kedua ialah pembaikan pendakap tangki bahan api yang rosak dan sub-pemasangan suis utama.

Bagaimanapun, ini adalah panggilan semula yang pertama selepas Yamaha R3 dilancarkan semula di India pada bulan Februari di Auto Expo 2018. Versi terkini menerima unit ABS dual dwi standard dan pematuhan BS-IV.

 

Tags
Google ads
Back to top button
Close