
CARRO PAMER PROSES PEMERIKSAAN 160 POIN DAN TEKNOLOGI BAHARU YANG TELAH DIPATENKAN
Syarikat induk myTukar, Carro, platform dalam talian kereta terpakai terbesar baru-baru ini mempamerkan proses pemeriksaan 160 poin dan teknologi sokongan yang telah dipatenkan, di pusat baik pulih utama mereka di USJ.
Pusat baik pulih utama berkeluasan 95,832 kaki persegi itu ialah salah satu di antara banyak lagi pusat baik pulih dan bengkel di pasaran utama Carro di Singapura, Malaysia, Indonesia serta Thailand.
Menurutnya, pusat baik pulih akan dijenamakan semula kepada Carro Care dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sebagai langkah kerjasama strategik bersama Jardine Cycle & Carriage.

Tambahnya lagi, dengan perkhidmatan pemeriksaan, baik pulih dan selepas jualan yang memainkan
peranan penting dalam pelan perniagaan mereka, Carro dan myTukar ingin mengembangkan serta mempertingkatkan lagi perkhidmatan teknikal mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Antarabangsa Carro, Fong Hon Sum berkata, “Pusat baik pulih kami menekankan komitmen Carro dan myTukar dalam menyediakan kereta terpakai berkualiti tinggi yang boleh diyakini oleh pelanggan.”
Untuk rekod, pemeriksaan 160 poin juga termasuk proses baik pulih yang meliputi beberapa langkah penting seperti kerja cat dan badan, pembaikan mekanikal (termasuk pada enjin, stereng, suspension, gear, brek dan tayar), pembaikan dalaman (termasuk pembaikan elektronik, baik pulih papan pemuka, jahitan kulit, dan pembaikan pelapik bumbung), dan pemeriksaan akhir serta pandu uji.

Selain itu, pusat baik pulih berkenaan turut menggunakan kuasa Kecerdasan Buatan (AI) untuk
menjalankan Kejuruteraan Akustik and Penglihatan Berkomputer.
Naib Presiden Carro, Operasi Antarabangsa, Kyran Wong berkata, “Kemudahan kami yang canggih adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti dalam proses kami.
“Dengan cara itu, para pemeriksa, juruteknik, jurutera, mekanik dan pakar cat kami yang bertauliah tinggi boleh menumpukan perhatian terhadap perkara benar-benar penting iaitu mengawasi kenderaan untuk mencapai piawaian bertaraf dunia.”
Carro kini mempunyai 14 pusat baik pulih dan bengkel di Asia Tenggara (akan dijenamakan semula kepada Carro Care secara berfasa) dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,800 kereta yang boleh diservis dan dibaik pulih setiap bulan.
- BACA: PROTON JALIN KERJASAMA DENGAN MYTUKAR, MUV DAN CARSOME – TAWAR PELBAGAI FAEDAH KEPADA PELANGGAN
- BACA: MYTUKAR JALIN KERJASAMA DENGAN DAIHATSU MALAYSIA. JUAL KENDERAAN TERPAKAI LEBIH MUDAH DAN PANTAS
- BACA: MYTUKAR UMUM INTEGRASI DENGAN CTOS APPLICATION AND DECISIONING, KELULUSAN PINJAMAN LEBIH PANTAS
- BACA:SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA, MYTUKAR BIKIN FILEM PENDEK ‘GENERASI TUKAR’