Buletin

RUMAH BERUSIA 139 TAHUN DIANGKUT DI TENGAH JALAN SAN FRANCISCO

Pada 20 Februari lalu, satu pemandangan yang agak pelik berlaku di San Francisco, Amerika Syarikat (AS), apabila sebuah rumah berusia 139 tahun dengan enam bilik diangkut di tengah jalan bandar berkenaan.

Rumah yang memiliki struktur kukuh dan cantik tersebut sebenarnya diangkut untuk berpindah ke satu lokasi lain.

Di negara kita, mungkin di kawasan luar bandar ia merupakan satu senario yang kita dapat lihat terutama apabila orang memindahkan rumah dengan mengangkat secara beramai-ramai atau bergotong-rotong.

Proses memindahkan kediaman itu dilakukan dengan penuh teliti.

Bahkan, pasukan yang bertanggungjawab memindahkan rumah tersebut terpaksa berdepan cabaran menggunakan dolly raksasa daripada tapak asal.

Selepas berjaya mengangkut dari tapak asal, mereka perlu mengangkut rumah terbabit kira-kira tujuh blok pula ke lokasi baharu dengan menggunakan trak dan dolly terbabit.

Selain itu, kerja pemindahan perlu dilakukan dengan penuh hati-hati kerana berdepan halangan seperti meter parkir, lampu jalan, talian kuasa dan pokok.

Bukan sahaja rumah berkenaan perlu dipindahkan tetapi sebuah rumah mayat.

Menurut SF Gate, perancangan proses merumitkan itu bermula pada tahun 2019 lagi, ia sepatutnya dilakukan pada awal tahun 2021 tetapi terpaksa ditangguh akibat cuaca buruk.

“Pemaju bercadang menjadikan rumah dan rumah mayat yang dipindahkan tersebut sebagai kompleks apartment 17 unit.

“Lokasi asal rumah terbabit pula akan dibangunkan sebuah bangunan apartment 47 unit,” lapor SF Gate lagi.

Difahamkan perpindahan berkenaan terdapat hubung kait dengan nilai hartanah yang mahal di San Francisco.

Tanah diduduki rumah itu lebih mahal berbanding rumah lama berkenaan.

Bagaimanapun, berikutan struktur bangunan mempunyai sejarah tersendiri, ia tidak diruntuhkan tetapi dipindahkan ke lokasi lain. – motor1

Google ads
Back to top button