Buletin

SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA, MYTUKAR BIKIN FILEM PENDEK ‘GENERASI TUKAR’

Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, myTukar ‘Powered by Carro’ baru-baru ini memeriahkan lagi sambutan itu dengan sebuah filem pendek yang memaparkan nilai-nilai perpaduan, diversiti serta cita-cita.

Filem pendek 90 saat  bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) itu menampilkan barisan pelakon murid sekolah berumur antara 7 hingga 9 tahun.

Mereka berkongsi tentang impian serta perubahan luar biasa yang mereka harapkan untuk semua bangsa ataupun latar belakang.

Filem pendek tersebut menggunakan Bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan dialek Sarawak, menyampaikan mesej bahawa tiada impian terlalu kecil atau terlalu besar, dan perubahan besar tidak akan berlaku tanpa sebuah perjalanan yang bermakna.

CEO myTukar, Derrick Eng berkata, “Kami ingin mengingatkan warga Malaysia bahawa kita semua pernah bercita-cita besar ketika zaman kanak-kanak dan kita boleh terus berpegang pada impian besar ini dan berubah.

“Ketika di awal penubuhan myTukar, kami bercita-cita untuk mengubah pengalaman menjual dan membeli kereta terpakai untuk para pelanggan.”

“Dengan berbekalkan satu visi untuk menggiatkan semula industri kereta terpakai, kami kini memacu perubahan bagi membantu mempertingkatkan industri kereta terpakai.

“Filem ini adalah sepucuk surat cinta yang didedikasikan kepada seluruh warga Malaysia dan kami berharap agar mesej filem ini memberikan inspirasi khususnya kepada mereka sedang berusaha membuat perubahan dalam komuniti masing-masing,” tambahnya.

Filem pendek tersebut boleh ditonton di saluran YouTube, Instagram dan Facebook myTukar. Untuk maklumat lanjut mengenai myTukar, sila layari myTukar.com.

Google ads
Back to top button