Buletin

PROTON JALIN KERJASAMA DENGAN MYTUKAR, MUV DAN CARSOME – TAWAR PELBAGAI FAEDAH KEPADA PELANGGAN

Proton mengumumkan perjanjian kerjasama strategik dengan tiga Syarikat Pembidaan Dalam Talian (EBC) terkenal bagi memudahkan proses penjualan kereta tukar beli untuk pelanggan.

Kerjasama berkenaan melibatkan myTukar, MUV dan CARSOME untuk menawarkan cara lebih baik menukar atau melupuskan kereta lama.

Menurut Proton, perjanjian ini dijangka memberikan pelanggan pelbagai faedah, termasuk kemudahan yang dipertingkatkan, kebolehpercayaan, nilai tukar beli kompetitif dan ketelusan dalam penetapan harga.

“Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan myTukar, MUV dan CARSOME kerana kami percaya ini mengubah pengalaman tukar beli untuk pelanggan kami.

“Dengan memanfaatkan kepakaran mereka dalam platform e-dagang dan bidaan, EBC menawarkan pelanggan penyelesaian yang lancar serta boleh dipercayai,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

Selain itu, kerjasama PROTON dengan EBC membolehkan pelanggan mengurangkan keperluan untuk melawat berbilang pengedar atau berunding dengan bakal pembeli, sekali gus menjimatkan masa.

“PROTON ialah OEM pertama yang membentuk perjanjian strategik dengan EBC dan kami fikir ini akan membantu membuka jalan kepada transaksi tukar beli,” tambah Roslan Abdullah.

“Dengan menggunakan platform terbuka, nilai jualan semula untuk model kami boleh dipertingkatkan, dan ini membantu membina keyakinan pengguna serta memberi gambaran pemilikan lebih jelas kepada pembeli.”

Google ads
Back to top button