BuletinMotosikal

NAK TOURING BERGAYA?TAK MAHAL SANGAT? NAH, BMW F900XR

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan motosikal terbaru, BMW F BMW F 900 XR hari ini. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Pada tahun 2019, BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan 10 varian motosikal baharu yang dalam segmen
seperti Roadster, Touring, Superbike dan Skuter di Malaysia.

BMW F 900 XR hadir dengan inovasi yang terkini yang menggabungkan prestasi serta teknologi bertaraf tinggi dengan sempurna untuk kualiti tunggangan yang luar biasa.

BMW F 900 XR hadir dengan konsep Style Exclusive ; warna emas metalik (Galvanic Gold) dengan posisi tunggangan lebih selesa dan sesuai untuk perjalanan jauh.

BMW F 900 XR turut menampilkan komponen pelindung tangan yang merupakan aksesori tulin dari BMW untuk penampilan yang lebih sporty.

BMW F 900 XR dikuasakan enjin sebaris dua silinder yang pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018 menerusi BMW F 850 GS; kini hadir dengan 105 kuasa kuda pada 8,750 rpm, dan tork 92 Nm pada 6,500 rpm.

Jentera ini turut didatangkan dengan dua mod tunggangan standard, Rain dan Road untuk memudahkan penyesuaian buat penunggang. Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) yang boleh dinyahaktifkan dengan mudah juga disediakan sebagai peralatan standard.

Turut didatangakn ialah “Riding Modes Pro” sebagai opsyen yang boleh ditala untuk mendapatkan mod tambahan “Dynamic” dan “Dynamic Pro” berserta dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (“Dynamic Traction Control” atau “DTC”).

Selain itu, kelengkapan elektronik juga hadir dengan ABS Pro, Kawalan Brek Dinamik dan kawalan tork seretan enjin baharu.

Motosikal ini boleh didapati di semua premis wakil pengedar di seluruh negara mulai 29 Februari 2020.

Mazda CX30

Berapakah harganya?

RM 69,500.00

Tags
Google ads
Back to top button