Buletin

TIDAK CUKUP DENGAN KIA SPORTAGE, NAZA HADIAHKAN TRION 888 PULA

Nampaknya, rezeki pemenang pingat emas bagaikan durian runtuh. Selepas Kia Sportage serba baharu, mereka bakal dihadiahkan dengan pangsapuri pula. 

Kia-Sportage-2016-Rio-Paralympics-mekanika

Naza Corporation Holdings baru sahaja mengumumkan bahawa atlet yang memenangi pingat emas dalam acara sukan Rio Paralympics 2016 akan menerima sebuah unit kediaman di Trion 888, Equine Park, Seri Kembangan Selangor.

Trion 888 dibangunkan oleh Naza TTDI Sdn. Bhd., anak syarikat Naza Corporation Holdings. Berharga RM350,000 seunit, ia memiliki keluasan 450 kaki persegi dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, dewan serba guna, gimnasium, bilik persalinan, lif dan surau. Pembinaannya dijangka siap menjelang akhir tahun depan.

Naza-TTDI-Trion-888-Rio-Paralympics-2016-mekanika (2)

“Naza TTDI berbangga kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif kumpulan dalam memberi sokongan dan ganjaran kepada atlet paralimpik negara. Trion 888 sememangnya sesuai dengan gaya hidup atlet muda kita,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin.

Pengumuman penambahan hadiah itu dibuat oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang kini berada di Rio, Brazil.

“Naza Corporation Holdings sentiasa komited terhadap sukan. Tahun ini sahaja, kami telah menaja acara squash antarabangsa wanita paling besar, the Naza-PSA World Women’s Squash Championship. Kami juga akan menjadi penaja platinum untuk KL Games 2017,” jelas SM Nasarudin.

Google ads
Back to top button