Buletin

NAZA KIA MALAYSIA BUKA CAWANGAN 3S DI JALAN PAHANG

Naza Kia Malaysia telah membuka cawangan 3S terbaharunya di Jalan Pahang, Kuala Lumpur pagi tadi.

Berkeluasan 16,200 kaki persegi, ruang pamerannya mampu memuatkan empat buah kereta. Ia juga mempunyai empat ruang servis dan boleh menyelenggara sehingga 14 buah kenderaan setiap hari. Pusat 3S itu dikendalikan oleh MPV Car Service Sdn. Bhd.

Dengan kos binaan mencecah RM1.5 juta, pusat servis tersebut menawarkan aktiviti jualan, servis dan alat ganti. Ia akan memberi khidmat kepada para pelanggan Kia di Jalan Pahang, Jalan Genting Kelang, Setapak, Titiwangsa dan kawasan sekitarnya.

Naza Kia Malaysia kini mempunyai 33 pusat servis. Pusat 3S ini merupakan salah satu daripada lima cawangan yang bakal dilancarkan di seluruh negara. Selain menjadi sebahagian daripada langkah pengembangan rangkaian untuk menaik taraf pusat 3S sedia ada.

“Rangkaian kami akan lebih mantap dengan pembukaan lima outlet baharu ini. Pelanggan juga bakal menikmati perkhidmatan selepas jualan yang lebih pantas dan berkualiti,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George.

BACA: PREBIU KIA GRAND CARNIVAL – 5 PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button