div style="position:relative;background-color:#ffffff;">
Buletin

FORD GT 2005 MILIK JENSON BUTTON BAKAL DILELONG

Sebuah Ford GT yang pernah dimiliki oleh pelumba Formula 1 kelahiran Britain, Jenson Button dilapor bakal dilelong bersama kereta-kereta klasik dan sports terbaik dalam acara lelongan Race Retro Classic Car anjuran Silverstone Auctions pada hujung bulan ini.

Ford GT yang merupakan salah satu daripada hanya 101 unit dibekalkan ke pasaran Eropah itu ditanda dengan ‘VIP’ oleh pihak Ford National Sales Company. Ford Britain memperuntukkan jentera tersebut untuk Button yang juga juara dunia F1 pada tahun 2005. Kereta tersebut didaftarkan di UK setahun kemudian.

BACA: FORD RANGER 3.2 EDISI TERHAD VALENTINO ROSSI I VR 

“Ford GT adalah sebahagian daripada kereta sports moden yang berada dalam kelas tersendiri. Ia pantas menjadi jentera koleksi dan sangat dicari-cari,” jelas Pengarah Jualan Silverstone Auctions, Will Smith.

Dengan warisan, prestasi luar biasa, reka bentuk dan pengalaman pemanduan yang mengagumkan, Ford GT memang kereta istimewa serta memiliki nilai tinggi pada masa akan datang. Apatah lagi model ini pernah dimiliki oleh Button.

Jentera tersebut dijangka dapat dilelong pada harga £250,000 (RM1.4 juta) hingga £300,000 (RM1.7 juta).

Sebagai sebuah kereta berprestasi tinggi, Ford GT hadir bersama teknologi terbaik. Kerangkanya dibina menggunakan aluminium ringan yang disalut komposit superplastik. Ia tampil dengan warna putih bersama jalur perlumbaan berwarna biru.

Ford GT 2005 dikuasakan oleh enjin V8 quad-cam berkuasa 550bhp. Dibina menggunakan tangan, enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 3.5 saat dengan pecutan maksimumnya dihadkan kepada 330km/j!

Selepas Button, Ford GT ini dibeli oleh pemiliknya sekarang pada tahun 2011. Hingga ke hari ini, ia hanya mencatat perjalanan sejauh 13,438km. Kereta ini juga akan disertakan dengan fail lengkap, invois daripada ‘Mountune’, catatan dua kali servis oleh pakar Ford GT dan salinan pembelian yang ditandatangani Button.

BACA: VETERAN PERANG TERIMA FORD MUSTANG 208 DRPD DUTA FORD, THE ROCK!

GALERI

Google ads
Back to top button