Buletin

KLIMS 2026: BAWA TEMA ‘BOLD AND PROGRESSIVE’, KIA K4 CURI TUMPUAN, JANA 193PS, 265NM

Kia Sales Malaysia membawa tema “Bold and Progressive” ke Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 dengan memperkenalkan empat model global utama iaitu Kia K4, Kia EV4, Kia EV5 dan Kia PV5.

Kehadiran model-model ini memperlihatkan hala tuju Kia dalam mobiliti elektrik, teknologi pintar serta pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh untuk pengguna tempatan.

Antara tarikan utama ialah kemunculan sulung Kia K4 di Malaysia menerusi varian GT-Line. Sedan baharu ini tampil dengan identiti rekaan Opposites United yang menggabungkan gaya sporty bersama elemen praktikal untuk kegunaan harian.

Spesifikasi utama Kia K4 GT-Line:

• Enjin 1.6L TGDi empat silinder
• Kuasa 193PS
• Tork 265Nm
• Suspensi hadapan McPherson Strut
• Suspensi belakang Multi-Link
• Rim aloi 18-inci dengan tayar 235/40R18
• Paparan panoramik digital gabungan 12.3-inci + 5-inci + 12.3-inci
• Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
• Pengecas telefon tanpa wayar
• Kawalan iklim dwi-zon
• Tempat duduk hadapan berpengudaraan
• Tempat duduk belakang lipat 60:40

Selain K4, Kia turut mempamerkan barisan mobiliti elektrik masa depan menerusi EV4, EV5 dan PV5 yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna moden serta penggunaan komersial.

Spesifikasi utama Kia EV4:

• Platform E-GMP
• Motor elektrik hadapan
• Kuasa 150kW
• Tork 283Nm
• Kelajuan maksimum 170 km/j
• Bateri 81.4kWh
• Jarak pemanduan sehingga 612 km (WLTP)
• Pengecasan DC 10-80% dalam 29 minit
• Sokongan pengecas 350kW
• Fungsi Vehicle-to-Load (V2L)

Spesifikasi utama Kia EV5:

• Platform E-GMP
• Kuasa sehingga 230kW
• Tork sehingga 480Nm
• Pecutan 0-100 km/j dalam 6.1 saat
• Jarak pemanduan sehingga 540 km (WLTP)
• Pengecasan pantas DC sehingga 141kW
• Paparan berkembar 12.3-inci
• Sistem audio premium
• Sambungan tanpa wayar
• Pengesahan cap jari
• Fungsi V2L

Kia PV5 pula menjadi model pertama berasaskan platform E-GMP.S khusus untuk segmen Platform Beyond Vehicle (PBV). Ia direka untuk kegunaan komersial, logistik dan gaya hidup moden.

Spesifikasi utama Kia PV5:

• Platform E-GMP.S PBV
• Motor elektrik hadapan
• Kuasa 120kW
• Sokongan V2L dan V2X
• Fokus penggunaan komersial dan mobiliti fleksibel

PV5 turut menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk anugerah MPV of the Year dan Family Car of the Year di What Car? Awards 2026 serta TopGear.com EV Awards.

Turut dipamerkan di pavilion Kia ialah Kia Carnival dan Kia Sportage yang kini sudah ditawarkan di semua pengedar rasmi Kia di Malaysia serta tersedia untuk sesi pandu uji sepanjang KLIMS 2026 berlangsung.

Dalam masa sama, Kia Sales Malaysia turut memperkenalkan Program Kia TotalCare yang menawarkan pakej pemilikan lebih menyeluruh untuk pelanggan baharu.

Pelanggan yang membuat tempahan model Kia antara 1 hingga 22 Jun 2026 dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Ogos 2026 akan menerima:

• Waranti 8 tahun
• Servis percuma selama 8 tahun
• 8 tayar percuma
• Rebat tunai RM8,000
• Insurans percuma tahun pertama

Program ini diperkenalkan bagi meningkatkan pengalaman pemilikan jangka panjang serta memberikan ketenangan minda kepada pelanggan Kia di Malaysia.

Google ads
Back to top button