Buletin

NEYMAR TAYANG HELIKOPTER MERCEDES BERNILAI RM58 JUTA

Bintang bola sepak, Neymar da Silva Santos Junior (Neymar) mengejutkan para peminat di media sosial apabila menayang sebuah helikopter Mercedes bernilai £10 juta (RM58 juta).

Pemain Paris Saint-Germain itu menayangkan foto yang diambil dihadapan kediamannya di Rio de Janeiro untuk tatapan 155 juta pengikut di Instagram.

Neymar yang merupakan pemain termahal dunia berusia 29 tahun itu kelihatan bersahaja ketika helikopter mewah berwarna hitam berkenaan pakir di hadapan rumahnya bernilai £7 juta (RM40 juta).

Pada bahagian ekor helikopter pula, kelihatan kemas tertera NJR yang merupakan singkatan nama pemain kelahiran Brazil itu.

Dia dikatakan menggunakan helikopter berkenaan untuk menghadiri sesi latihan bersama skuad kebangsaan.

Penyerang itu adalah sebahagian daripada anggota pasukan Brazil yang tewas kepada Argentina pada final Copa America baru-baru ini dikatakan tinggal di kawasan indah Mangaratiba.

Resort itu terkenal dengan pelabuhannya dan pantai memutih pernah menjadi lokasi perfileman The Expendables yang dibintangi Sylvester Stallone.

Awal tahun ini, Neymar yang berpindah ke PSG dari Barcelona dengan harga £198 juta (RM1.15 bilion) pada 2017 dilihat hadir menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dengan menaiki helikopter Airbus Mercedes.

Model H-145 itu salah satu keluaran terkini syarikat pengeluar kenderaan udara terbabit.

Media Sepanyol mendakwa warna hitam helikopter diinspirasikan dari filem Batman dan Dark Knight salah satu watak adiwira kegemaran Neymar. – TheSun

Google ads
Back to top button