Buletin

JURUTERBANG HELIKOPTER DIDAKWA MENDARAT SESUKA HATI BELI KEK AISKRIM

Seorang juruterbang helikopter yang ingin melepaskan keinginan membeli kek aiskrim Dairy Queen berdepan tindakan undang-undang di Kanada.

Juruterbang berusia 34 tahun berasal dari Leroy, Saskatchewan itu telah mendarat di lot parkir di salah sebuah sekolah menengah dan rendah di bandar terbabit semata-mata ingin menikmati kek aiskrim.

Menurut pihak berkuasa, biarpun lelaki tersebut memiliki lesen untuk mengendalikan helikopter tetapi dia tidak mendarat di helipad sekali gus didakwa kerana mengendalikan helikopter secara merbahaya.

Berikutan warna helikopter berkenaan berwarna merah, ada beranggapan ia merupakan ambulans udara yang mendarat untuk memberi bantuan perubatan kecemasan.

Bagaimanapun, datuk bandar terlihat juruterbang meninggalkan kawasan berkenaan bersama kek aiskrim.

Pihak polis Kanada telah melancarkan siasatan dan mendapati tindakan lelaki terbabit bukanlah disebabkan kecemasan

Juruterbang terbabit akan didakwa di mahkamah pada bulan hadapan. –dailymail

Google ads
Back to top button