
JURUTERBANG DIGANTUNG LESEN. LELAKI DITERBANGKAN BAWAH HELIKOPTER GUNA DUCT TAPE
Seorang juruterbang di Rusia digantung lesen penerbangan selepas menerbangkan lelaki yang hanya digantung menggunakan duct tape (pita pelekat) di bawah helikopter.
Lagak ngeri itu dirakam Mikhail Litvin, 21, yang merupakan bintang media sosial terkenal di negara berkenaan dengan pengikut mencecah 20 juta.
Dalam rakaman berani mati tersebut, rakannya Zheka Namitov, 25, digantung pada bahagian bawah helikopter.
Walaupun kelihatan stabil namun tubuh lelaki itu digantung menggunakan pita pelekat sahaja.

Menurut laporan Metro.co.uk, lelaki terbabit mendarat dengan selamat.
“Teruskan…hidup hanya sekali dan detik ini akan dikenang selamanya,” jerit Litvin.
Bagaimanapun, juruterbang Alexander Nazarov, 31, berdepan tindakan undang-undang berikutan lagak ngeri tersebut.
Bekas juruterbang tentera Rusia itu kini disiasat Jawatankuasa Siasatan Rusia dan lesen penerbangannya digantung.

Dalam kenyataan, juruterbang bertindak mengikut arahan blogger itu dengan membenarkan peserta dalam video itu digantung pada fius helikopter menggunakan pita pelekat.
Helikopter itu diterbangkan dengan tidak mematuhi syarat keselamatan serta meletakkan nyawa dan keselamatan dalam bahaya.
Namitov mendakwa aksi itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan. –MetroUK
- BACA: BERBULU KERAP ROSAK. VLOGGER RUSIA BAKAR MERCEDES-AMG GT 63 S
- BACA: HELIKOPTER SUBARU BELL 412EPX SEDIA BERKHIDMAT UNTUK POLIS JEPUN
- BACA: SPRM SITA HELIKOPTER PERSENDIRIAN, PORSCHE, MUSTANG, MCLAREN DAN KAPAL MEWAH MILIK KETUA SINDIKET TENDER KERAJAAN
- BACA: SEWA HELIKOPTER, TABUR DUIT PADA MAJLIS KAHWIN ADIK