Buletin

HELIKOPTER SUBARU BELL 412EPX SEDIA BERKHIDMAT UNTUK POLIS JEPUN

Helikopter terbaharu Subaru yang dikenali sebagai Bell 412EPX kini bersedia melaksanakan tugasan menyelamat bersama Agensi Polisi Kebangsaan Jepun.

Subaru dan Bell membangunkan helikopter berkenaan yang merupakan versi dipertingkatkan dari model siri Bell 412.

Pada tahun 2019, Agensi Polis Kebangsaan Jepun menempah helikopter terbaharu berkenaan yang bakal digunakan oleh pihak polis dan bomba dalam pelbagai operasi melibatkan penerbangan.

Ia bakal menjadi aset penting kepada operasi menyelamat terutama ketika bencana dan kawasan sukar yang perlu ditempuhi pihak berkuasa.

Menurut kenyataan rasmi, aset terbaharu itu akan memulakan tugas dengan Iwate Prefectural Police selepas menjalani beberapa siri latihan di kilang syarikat Subaru Aerospace, Utsunomiya.

Subaru Bell 412EPX dibangunkan menggunakan kerangka tahan lasak, kemampuan mengering dengan lebih pantas dan berat dalaman dipertingkatkan daripada versi komersial.

Selain itu, transmisi diperbaharui menyebabkan peningkatan tork sebanyak 11 peratus pada kecepatan lebih rendah dari 60 knot berbanding Bell 412EPI terdahulu.

Pembaharuan yang dilakukan dapat meningkatkan kecekapan operasi dan kemampuan mengangkut lebih banyak bekalan.

Helikopter terbaharu itu turut dilengkapi ciri-ciri seperti Bell Basix-Pro dipadankan kokpit kaca dan empat paparan HD dengan sistem navigasi digital.

Ia juga didatangkan pintu kabin juga lebih luas, pintu krew baharu dan fungsi pendaratan terkini.

Selepas debut bersama Agensi Polisi Kebangsaan Jepun, helikopter terbaharu itu akan bekerjasama dengan negara lain seperti model tedahulu. – autoevolution

Google ads
Back to top button