
NHTSA MULAKAN SIASATAN, CARI PUNCA KEMALANGAN TESLA
Sehingga bulan Julai 2021, tiada langsung kereta pandu sendiri tahap ke lima yang dijual di Amerika. Tapi bagi kebanyakan pemilik Tesla, mereka akan keliru berkenaan dengan fakta ini. Ini kerana kebanyakan pemilik Tesla di Amerika telah membayar sehingga RM 43,000 bagi memiliki ciri tambahan yang dipanggil oleh Tesla sebagai Autopilot
Dalam risalah pemasaran Tesla, ia dikatakan memiliki keupyaan pemanduan sendiri seperti tahap 5 (Full Self Drive) padahal sistem ini hanyalah sistem dengan tahap 2 yang ditambah dengan beberapa ciri tambahan. Walaupun Tesla telah meletakkan amaran yang pemandu bertanggungjawab sepenuhnya atas pemanduan, tapi beberapa kejadian kemalangan sehingga meragut nyawa yang berlaku telah menarik perhatian NHTSA
National Highway Traffic Safety Administration telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat punca kemalangan yang melibatkan kenderaan Tesla terutama yang dilengkapi dengan ciri Autopilot. Walaupun siasatan ini bukanlah yang pertama, tapi siasatan ini akan merangkumi sehingga 765,000 unit Tesla S, 3, X dan Y yang telah terjual

Berdasarakan fail, NHTSA telah mendapati 11 kemalangan telah berlaku semenjak tahun 2018 yang melibatkan kenderaan Tesla dengan kenderaan lain walaupun kenderaan tersebut telah menggunakan lampu isyarat membelok, kon, dan juga suar ketika kecemasan.
Pada bulan Mac 2021, sebuah kereta Tesla 3 telah melanggar sebuah kereta peronda polis yang berhenti di tepi jalan. Namun ketika kejadian, tidak dapat dipastikan samaada fungsi Autopilot telah digunakan atau tidak. Dalam satu kemalangan lain, 17 pengguna jalan raya cedera dan 1 mati akibat perlanggaran dengan Tesla
“Siasatan akan menilai teknologi dan keadah yang digunakan oleh Tesla untuk memantau, membantu dan memaksa pemandu mengambil alih tugas memandu ketika fungsi Autopilot diaktifkan” ujar jurucakap NHTSA. Pemandu juga diingatkan agar semua kenderaan dijual di Amerika tiada fungsi pemanduan sendiri tahap 5 dan semua kenderaan memerlukan input dari pemandu sepanjanga masa

Buat masa sekarang, semua negeri di Amerika menyatakan semua pemandu bertanggungjawab mengawal kenderaan mereka sepanjang masa ketika memandu. Walaupun sistem Autopilot Tesla mampu menyelamatkan nyawa seperti menghentikan kenderaan jika pemandu pengsan atau terlelap, namun adalah sangat bahaya jika pemandu memaksa sistem ini bekerja di luar parameter yang ditetapkan
Sebagai contoh terdapat satu pemberat khas yang boleh dipasang pada steering bagi menggantikan tangan ketika memandu di lebuh raya. Jika pemberat ini digunakan, pemandu boleh melepaskan tangan daripada stering. Pemerhati automotif berkata, NHTSA mungkin mencadangkan agar sistem Autopilot hanya boleh digunakan di lebuhraya sahaja.
